Friday, April 3, 2009

Tahniah kepada Dato' Sri Mohd Najib - PM Malaysia ke 6


Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Semoga Dato’ Sri terus diberi petunjuk, dianugerahi kekuatan dan dilimpahi dengan keberkatan oleh Allah S.W.T untuk terus memacu Malaysia ke arah yang lebih gemilang.


Sebagai golongan pendidik, kami berharap Dato’ Sri terus memberikan perhatian dan merencanakan wawasan baru untuk terus memartabatkan profesion ini, selari dengan hasrat Dato’ Sri seperti yang terkandung dalam perutusan Dato’ Sri sebentar tadi :


  1. Kita percaya merekalah generasi pewaris bakal pendidik, doktor, peguam, akauntan, saintis, jurutera, tokoh perniagaan, cerdik pandai dan saf pemimpin masa depan.

  1. Memang saya tersentuh dan terpanggil untuk meneruskan agenda besar kerajaan untuk membasmi kemiskinan, menstrukturkan semula masyarakat Malaysia, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua, serta meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk menumpah khidmat kepada Malaysia.

  1. Sama ada melalui kemudahan yang lebih selesa bagi para pendidik, meningkatkan kualiti hidup para perwira tanah air, mahupun dalam memperkasakan ekonomi bagi memelihara kesejahteraan rakyat di saat kita menghadapi cabaran ekonomi global.


”SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.”


7 Rabiulakhir 1430 H bersamaan 3 April 2009

Keningau, Sabah


1 comment:

Musafarudin said...

To mehrazan:

Thanks for viewing my blog. Hope we can share a lot of experience, knowledge and interesting story about our country.

Exciting picture!!!! Hope u can upload more pictures about your country.