Saturday, January 30, 2010

PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN PISMK-OUM (KS) DARIPADA JPA MALAYSIA

SALAM. BERIKUT ADALAH PERINCIAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN PISMK-OUM (KS) YANG DIPEROLEH DARIPADA LAMAN WEB WWW.JPA.COM. PESANAN KEPADA GENG2 OUM, JANGAN RISAU-RISAU LAGI LEPAS PASAL PENGIKTIRAFAN PROGRAM KITA DARIPADA JPA. ALHAMDULILLAH.....

Thursday, January 14, 2010

Sapa Nak Tolong Kemas Meja Saya ? Hu3

Meja waktu pagi....

Meja waktu petang ha3....

Jadual individu baru...

Jadual kelas 5 Ar-Razi...

Sapa nak tolong kemas meja den hu3???

Salam,
1. Tadi dah dapat jadual baru. Kena ajar Tahun 1 (MT dan BM), Tahun 4 (Sivik) dan Tahun 5 (KT).
2. Hmm takda pulak kena ajar PJ hu3. Esok P&P PJK last dengan budak Tahun 6 isk3.

Hadapi denganSenyuman....

Wednesday, January 13, 2010

Kursus Penggunaan Aplikasi aSc Timetable bagi Guru Penyelaras Jadual Waktu Zon Pelangai


Tarikh : 12 Januari 2010
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Zon Pelangai
Masa : 2.00 - 4.30 petang









Tuesday, January 12, 2010

My Last Flight Out - 30 Plus One

1.Salam. Chait macam tajuk lagu 30 Plus One ja tajuk post kali hu3. Lepas tu rasa macam terbalik pulak sebab semalam post pasal sekolah dulu, lepas tu baru post pasal tajuk ni. Sepatutnya post yang ini dulu.

2.Ni gambar-gambar terakhir saya semasa berada di bumi Sabah (sebak sikit sambil dengar lagu Zamani ni…). Sebenarnya berat jugak hati saya nak post tajuk ni. Walaupun gambar-gambar di bawah ni nampak ceria ja semua, tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

3.Banyak kenangan saya di Keningau, yang boleh saya katakana 99.8 % kenangan-kenangan yang indah. Walaupun pada Semester 1 susah jugak ahli kelas asal nak terima kehadiran kami berenam dari Semenanjung, namun akhirnya 7 semester selepas tu dipenuhi dengan berjuta-juta kenangan manis yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

4.Pada saya secara peribadi, sehingga ke akhir hayat, tidak akan lekang dari mulut saya untuk menceritakan kepada orang lain tentang kebaikan-kebaikan dan kebajikan-kebajikan yang diberikan oleh orang-orang Sabah terutamanya di Keningau terhadap saya. Bagi saya Keningau merupakan tempat yang penuh dengan kejutan, ketenangan, pengalaman, di mana semuanya bercampur dalam seribu satu perasaan yang sukar digambarkan. Dari Senagang hingga ke Apin-Apin, semuanya memberikan berjuta pengalaman yang tak mampu diungkapkan sepenuhnya.

5.Kepada semua rakan sekelas OUM, saya tidak mampu untuk memberikan satu gambaran yang tepat bagaimana untuk menilai dan meraikan kemanisan pertemuan, persahabatan dan perpisahan kita. Geng-geng ‘Happy Go Lucky @ 3 Suku hu3’ seperti Mak Yam, Akmal, Rosli, Epi, Z, Lee, Maklong, Mas, Marina dll sentiasa memberikan kekuatan dalam menghadapi segala cabaran yang datang. Semuanya begitu indah dan syahdu. Kepada junior-junior yang banyak menolong saya seperti Ono, Thonlief, Sapeq, Wan, Firhan, Von, Zahiddin, Asdar, Tuan, Alif, Sofian, Hamim, Firdaus, Oi Lan dan semuanya yang tak mampu saya nyatakan di sini satu persatu, jasa baik kalian tidak mampu saya balas dengan setimpalnya.

6.Kepada yang masih berada di Keningau, teruskan kehidupan anda dengan melakukan sesuatu yang baru setiap hari kerana sesungguhnya pembelajaran dan pengalaman baru itu berlaku dari sehari ke sehari. Let’s find it. Jangan beranggapan anda sedang melalui hari-hari yang menjemukan. Sibukkan diri anda. Bergaulah bersama orang-orang yang mampu memberikan kekuatan dan harapan kepada anda dalam mengadapi cabaran, bukannya berada bersama orang-orang yang berfikiran sempit dan menghalakan pemikirannya kepada satu pendekatan dan isu sahaja, tanpa memikirkan hikmah yang terselindung di sebaliknya.

Keningau, entahkan bila lagi kita dapat bersua…. Hadapi Dengan Senyuman – Dewa...

Senyum yang penuh kebingungan...

Sempat buat aksi gila walaupun dalam hati Allah saja yang tahu...

Senyum selalu

Senyum lepas penat bersedih-sedih

Raden Musa hu3

Raden Akmal hu3

Raden Pok Li hu3

With my ex-roomate, Ono...

My Last Flight Out...

Tadaaa anak sedar baru ke 10, Muhammad Taib Khairul Anuar...

Monday, January 11, 2010

Welcome to My School : SK Felda Kemasul, Triang, Bentong, Pahang

Assalamualaikum...

1. Selamat bertemu kembali selepas dah lama x update blog ni hu3.Alhamdulillah akhirnya saya ditempatkan di SK (LKTP) Kemasul, Triang, Bentong, Pahang. LKTP bermaksud FELDA la ha3.

2. Sekolah ni mempunyai 300 lebih murid, kesemuanya Melayu dan untuk tahun ni ada seorang murid India dan seorang murid Orang Asli di Tahun 1. Guru Besar ialah Pn Normadiah Mohamed. Guru yang mengajar di sini lebih kurang 30 orang. 3 orang guru baru ditempatkan di sini ialah Saya, Aswani (KPLI IPGM Islam) dan Tengku Farrah Maria (KPLI IPGM Dato Razali).

3. Sebelum dapat jadual baru, saya mengajar Tahun 1 Math dan BM, Tahun 2 PJ dan Tahun 6 PJ. Tapi minggu ni masih Minggu Transisi untuk murid Tahun 1. Saya juga diminta menjadi Guru Kelas Tahun 5 Ar-Razi. Sekolah ni mengamalkan dasar memberi matapelajaran untuk diajar mengikut opsyen guru tersebut hu3.

4. Saya tinggal di kuarters KIP dengan 2 orang lagi guru yang baru posting tahun ni, dan dalam minggu ni sorang GB akan join kami di rumah yang sama ha3. Pekan terdekat ialah Triang (45 minit), Bera (55 minit) dan Temerloh (1 jam 15 minit).

5. Untuk tahun ni , saya berazam nak turunkan berat badan tapi macam tak dapat la ha3 (ceh mesti Si Ono ketawa2 kalu dia baca post ni!!!) Di bawah ni saya 'sajikan' gambar-gambar menarik di sekitar sekolah baru saya hu3. SAKSIKAN..........










Bye jumpa lagi hu3