Wednesday, April 1, 2009

Mengkaji dan Terus Mengkaji.......

Salam,

  1. Lama jugak dh rasanya tak kirim post blog ni heee. Hmm ni nak share pasal kajian sikit. OUM ni tak habis-habis dengan kajian diaorang. Kajian Lapangan lah, Kajian Luar lah, Kajian Tengah lah, Kajian Tak Siap-Siap lagi lah heee. Punya banyak kajian dalam otak diorang tu he3.

  1. Yang terbaru kumpulan kami (Musa, Akmal, Mariam) buat kajian sistem perhubungan di Daerah Keningau ni. Minggu lepas dah ambil gambar 5 buah kampung. Bincang-bincang sikit. Semalam baru pegi Pejabat Daerah dan JKR Keningau. Bukan apa, kita ni kalu nak wat kajian kena ambil jugak maklumat daripada jabatan kerajaan ni. Lepas tu baru pegi ke step-step seterusnya. Tak gitu Cik Yam ha3

  1. Pertemuan kami dengan En Alinjiran Nulantan (PT N17 – Pembangunan) di Pejabat Daerah Keningau, banyak memberi input tentang kemajuan dalam pembangunan jaringan jalan raya di kawasan luar bandar. Terima kasih En Alinjiran. Dia siap pesan lagi, kalu ada apa-apa lagi yang diperlukan, ”Datang saja jumpa sia” dia bilang hu33.

  1. Kami seterusnya ’menggempur’ (dengan izin Yang Dipertua) JKR Keningau, nasib baik tak salah masuk ke tempat simpanan minyak diaorang ha3. Cadang nak jumpa Jurutera Jalan Raya, tapi dia pegi meeting di KK plak dengan PA dia. Esok baru dia ada. Namun kami berpeluang berjumpa Jurutera Daerah Keningau, Ir Edward Lingkapo untuk bertanya beliau tentang perkembangan dan masalah yang dihadapi berkenaan sistem jaringan jalan raya di Keningau. Pengalaman dan penerangan Ir ni yang pernah jadi Jurutera Daerah di 6 buah daerah amat menakjubkan. Fluent betul English dia. Dia ingat kami nak mengadu pasal masalah sistem elektrik di IP kita hu3. Harini baru boleh ambil cetakan peta penuh jalanraya daripada Pn Maggie. Thank you sir for your co-operation!!!

  1. Terima kasih juga pada Saudara Azlan Pemulihan yang telah meminjamkan “Kancil Ninja” dia pada kami. Waktu drive tu, rasa macam bawak jet pejuang Sukhoi SU- 30 MKI ja ha3. Kalau perut lagi buncit, boleh tersangkut kat stering dia ha3.

En Alinjiran sedang tekun meneliti dokumennya
Meneliti gambar-gambar yang telah diambil
Antara dapatan yang diperoleh
Yang perempuan tu makcik staf kat JKR Keningau ni ha3
Renung-renungkanlah mesej yang disampaikan ha3
Penerangan panjang lebar daripada Ir Edward Lingkapo

5 comments:

_Vu-JiE_ said...

ohhoiii brani2nya ko cakap macik staf..
tgk handbag pn orang dh tau dh pengkaji import khas dari korea. kah3.

Musafarudin said...

Pengkaji import yg wat kajian sampai tertanggal tapak kasut hahahahaha

Mohd Firdaus HAS said...

Amboiiiiiiii.....ada gak insan2 yang sudi singgah di blog AKU tu yerrr.
Eksyen ko yer ade awek lawa sekarang.. asyik berkepit jer
jeles i

_Vu-JiE_ said...

MUSA ADA AWEK???

waaa brita panas2~
hahahahahaaa...

Mohd Firdaus HAS said...

Betul ke available?...tak caya lah.

Buktikan......