Saturday, July 31, 2010

Balik Kampuuunggggg....

Selalunya kalu balik kampung ikut highway. Karak-Bentong-Genting Sempah-Genting-Batang Kali-Kuala Kubu Baru-naik highway kat Tanjung Malim dan keluar kat tol Changkat Jering. Dalam 4 jam 30 minit dah boleh sampai Sg Kerang. Tapi kadang-kadang mengantuk gak ikut highway ni. Sorang-sorang tak leh sembang ngan sapa. Apa lagi layan Sinar lah jawabnya hu3.

Tpi balik ni ubah plan sikit. Ikuat jalan lama banyak. Mula-mula Karak-Bentong-Genting Sempah-Genting-Batang Kali-Kuala Kubu Baru. Lepas tu masuk Bandar Tanjung Malim. Merayau-rayau kat bandar lama dan baru. Sebenarnya nak cari Pau Yik Mun yang dikatakan popular sejak 1926 kat sana tu. Cari punya cari jumpa la. Beli 2 perisa - Kaya dan Kacang Merah. Satu bungkus RM14.00. Lepas tu sambung balik jalan ikut Bidor dan Sungkai. Best gak rupanya ikut jalan lama ni. Boleh tengok-tengok pekan kat situ.

Lepas tu baru naik highway Tapah, tapi turun kat Gopeng sebab nak ikut jalan lama balik hu3. Kena bayar tol RM 4.30 sahaja. Dari Gopeng jalan sampai Batu Gajah, pandu sampai Parit kemudian masuk Beruas. Dari Beruas nak sampai Sg Kerang dekat sangat dah la he3. Dari Kemasul pukul 12.30 tengah hari dan sampai Sg Kerang pukul 7.00 malam. Walaupun agak jauh tapi puas hati sebab boleh tengok pekan dan bandar yang ada dalam negeri Perak ni he3.

Kellies Castle, Batu Gajah
Bergambar berlatar belakangkan Kellies Castle, Batu Gajah.
Pesawat yang digunakan untuk balik kampung hu3
Pekan Parit ni kecil sahaja...
Hmmm sekarang kita belok kiri ikut Beruas...
Makan udang galah malam ni hee
Pau Yik Mun - The Famous Tanjung Malim
SAA 1849U dah sampai Sg Kerang hu3
Pasar Terminal Makanan Negara
Bangunan Utama Terminal Makanan Negara
Balik Kemasul semula. Hmm Ikut yang tulis Genting Highlands dan kemudian ikut Kuantan tu...

Demonstrasi Membuat Roti Puri oleh Guru Besar

Tempat : SK (LKTP) Kemasul, Triang, Pahang
Tarikh : 19 Julai 2010

Mula-mula macam ni...
Lepas tu uli-uli macam ni. Boh air sikit...
Aksi Kak Liza dan Kak Zamnah yangbegitu teruja melihat roti tersebut kembang apabila digoreng di dalam kuali ha3. (Tapi gaya Kak Zamnah ni macam nak mencopet rahsia wat roti ni ja hahaha)
Sedia untuk di makan hee..

Saringan 2 LINUS - Numerasi

Tempat : Makmal Sains, SK (LKTP) Kemasul, Triang, Pahang.
Tarikh : Jun-Julai

Untuk Saringan 2 LINUS-Numerasi, seramai 17 orang murid yang kandas dalam Saringan 1 dahulu telah menjalani saringan ini. Alhamdulillah seramai 11 orang telah lulus Saringan 2 ini dan masih terdapat 6 murid yang akan mengikuti P&P LINUS untuk menjalani Saringan 3 akan datang. Semoga berjaya.


KEPUTUSAN SARINGAN LITERASI 2 (JUN) 2010

A. BILANGAN MURID NUMERASI : 17 orang

B. MURID NUMERASI LULUS (KONSTRUK 1 – 10) : 11 orang
1. ARIEF B. JAMAN
2. MOHAMAD HAFIZUL AZWANI B. MOHD SANI
3. MOHAMAD ZULFAHMI B. MUSA
4. MUHAMAD HANIF IKRAM B. AHMAD
5. MUHAMMAD ANN SHAHRIL B. AZMI
6. MUHAMMAD FAUZAN B. ABD LATIF
7. MUHAMMAD IZWAN FAKHRULLAH B. SAIFUL ANUAR
8. NUR RADHIATUL AISYAH BT. ABDUL LATIF
9. NURUL FATIHAH BT. MAT SEMIN
10. NURUL INSYIRAH BT. MAD NOOR
11. AINAA FARHANA BT. ABDUL RAHMAN

C. MURID NUMERASI BIASA (KONSTRUK 3 – 9) : 5 orang
1. MOHAMAD SYAHRUL IZWAN
2. MUHAMAD AMIRUL B. NORISHAM
3. MUHAMMAD HILMI B. JAFRI
4. NUR AIDIL ADHA B. MOHAMED
5. YONESHWARAN A/L SIVA SARAVANAN

D. MURID NUMERASI PEMULIHAN (KONSTRUK 1 – 2) : 1 orang
1. SHAHARUDDIN A/L LAJIN


Hafizul sedang menjalani Saringan 2 Numerasi - Lisan di Makmal Sains.

Set saringan lisan Numerasi untuk konstruk 1,2, dan 3

Set saringan lisan Numerasi untuk konstruk 4,5,6 dan 7


Guru sedang menyusun set saringan lisan Numerasi di Makmal Sains

Guru membuat pemeriksaan terakhir ke atas set saringan lisan Numerasi yang akan digunakan


Hari Terbuka dan Hari Kantin 2010

Tempat : SK (LKTP) Kemasul, Triang, Pahang.
Tarikh : 9 Julai 2010 (Jumaat)

Agen-agen menjual kupon Hari Kantin (kupon letak kereta tidak dijual di sini)...
Ustaz Sukeri amat senang hati dengan hasil jualannya hari ini hu3...
Sekejap dulu ya kak. Mana pulak keputusan periksa anak kak ni ha3
Aksi guru kelas 5 Ar-Razi sedang memberikan penerangan kepada ibu-bapa hu3
Cikgu Rahimah kusyuk memberikan penerangan sehingga terpejam-pejam mata hu3
"Anak kak ni macamni masalah dia", Cg Shahpani
Cikgu Khali begitu bersungguh-sungguh memberikan penerangan...
Cikgu Aswani sedang memberikan formula-formula kejayaan untuk murid-murid Tahun 1
Ustazah Muaizam tersenyum lebar ketika memberikan keputusan murid...
Aksi murid Tahun 1 selepas ibu-bapa masing-masing mengambil keputusan mereka. Siap main kuda2 lagi. Siap ko dalam kelas minggu depan!!!
Bertuah punya budak-budak. Motor ustazah pun kena belasah dengan korang...