Saturday, February 28, 2009

Jom Main Ikat2 Celup bsama OUM - Art is Fun......

Ok ka mcm ni Coach???

Posing sblm mula celup2

Kumpulan ISL 1 - Yam, Musa, Lee, Nazir

Resepi utk buat aktiviti ni. Xda jual di Survey tau he33

Celup2 pun bermula...

Cis mana Nazir ni... Jd photographer plak dia...

Den x penah keja saloon. Tu kekok sikit tu hee

Corak apala yg jadi ni yam ooooiiii

Wah cantiknyo kumpulan den punyo karya ni hahaha

Intai kami antara nampak, Esok jgn rindu2-an...

Mutiara kata : Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius




Wednesday, February 25, 2009

Untuk Renungan Bersama.....

SEKADAR UNTUK RENUNGAN


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5-kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis
dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.
Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati.

4. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii"
(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku).
(HR Ahmad) - DOA TENGOK CERMIN


5. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong
atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

6. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu
2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS
i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-
buahan dan air putih.

7. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Mutiara kata hari ini : Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Renung2kan lah……….

Sunday, February 15, 2009

Jom Santai2 Awal Minggu heee...

Di awal minggu ni moh le kite santai dgn teka teki brsama den heee. Hari kuliah waktu bincang isu2 berat k. Orang kata men teka teki boleh tajamkan otak kiri, eh silap kanan, eh kiri. Eh silap lompat, eh silap lagi, lompat lagi hehehehe.

1. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi ?

Answer : Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.


2. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?

Answer : Ayam jadi banyaklah bilangannya, kan2??


3. Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?

Answer : Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah heee.


4. Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?

Answer : Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.


5. Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Answer : Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya. Cubalah try

hehehe


6. Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?

Answer : Orang naik beca semasa hujan. Cuba buka, mesti dia marah tu heee.


7. Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Answer : Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!


8. Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Answer : Kerana yang menciptanya orang Jepun. Kalau orang Arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD hik33


9. Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

Answer : Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.


10. Teka teki dr Ono : Ikan apa yg banyak matanya?

Answer : Ikan bilis yg beratnya sebanyak 15 kg !!!


Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Saturday, February 14, 2009

Friday, February 13, 2009

Hari dan Warna

Isnin

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.


Selasa


Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.


Rabu

Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.


Khamis

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.


Jumaat

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.


Sabtu


Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.


Ahad

Hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Monday, February 9, 2009

Mai Main Teka Teki He3

Hmm sbb selalu dh discuss isu berat2 dlm ni, jom kita main teka teki. Metafore jgn marah ar kalu x dpt jawab ha3.

1. Minyak apa yg disukai oleh lelaki ?
Answer : MINYAKsikan perlawanan bola sepak EPL.

2. Kuih apa yg bungkusannya di dlm, isinya di luar.
Answer : Kuih salah bikin.

3. Binatang apa yg power kalau dlm bab berkarate ?
Answer : Kuda belang. Cuba kira berapa black belt di ada heee.

4. Pintu apa yg walaupun dgn 10 orang pn x bleh nak tolak ?
Answer : Pintu yg ditulis TARIK he3.

5. Saya ad 3 kepala, 4 mata dan 5 kaki. Siapakah saya ?
Answer : Pembohong....

6. Pa dia jauh di mata dekat di hati ?
Answer : Usus

7. Nenek sapa jalannya melompat2 ?
Answer : Nenek si katak.

8. Tukang apa yg kalu dipanggil, dia jenguk ke atas ?
Answer : Tukang gali kubur.

9. Gajah terbang dgn apa ?
Answer : Dgn susah payah laaaa

10. Cuba teka apa Ono tengah wat now ?
Answer : Pi tanya dia la hahaha...

Mutiara kata hari ini : Semulia2 manusia ialah siapa yg mmpunyai adab, merendahkan diri ketika brkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas & bersikap adil ketika kuat.
(Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

Saturday, February 7, 2009

Elaun.....

Lama plak rasanya x share benda2 baru hee (padahal baru 2 hari rasanya...) Hrini mcm nk sharing sikt pasal Elaun ni. Satu word yg ada masanya amat 'merunsingka', 'mnggembirakan' & 'mendebarkan' sampai mningkatlah pengeluaran hormon adrenalin tu ha3.

IP Keninga yg terawal dpt elaun haritu. PPISMP rm 2+++ & PISMP rm3+++. Jd mcm2 la perancangan yg tsemat di minda yg masing2 genius tu heee. Ada yg suka spend utk komputer, sports equipment & mcm2 lagilah yg panjang kalu nak state semua kat sini. Tp amat2 penting utk disemak betul2, ada lg ka benda yg lebih penting lain yg ttinggal dlm plan tu?

Dgn jumlah elaun yg banyak bbanding batch kami 2004 dlu, bnyak yg boleh disemak semula. Now PPISMP dpt rm430 9x tolak asrama tu) & kami dulu rm345-80 = 265 (lepas tolak asrama). Hrga barang waktu tu xda beza sgt dgn now. Dulu nek 1st degree, dpt +/- rm400 sbln (blom tolak asrama)

Dgn banyak pbezaan yg 'agak' banyak tu, bnyk tempat yg boleh disimpan & dilaburkan. Kita ni hidup jgn fikir kita shj yg hidup heee. Kna plan sikit utk futute. Manatau ada rezki utk anak2 futher 4 their highest study. Jgn dilabur semua plak. Smpai tjejas prancangan utk bhn2 WAJIB pmbeljaran tu. Den amat alu2kan bonar lah plan bberapa PISMP Sem 1 yg dh mula2 tinjau di Maybank utk "skim pelaburan melalui pnjaman" tu. Sapa tu r ha33. Bak kata PE : 'Bagus tu. Perancangan masa depan'.

Ada bbrp tempat yg BAIK PUNYA utk letak duit tuan2 tu :
1 - Tabung Haji (bonus tahunan TH antara yg tinggi. Muslim bgus masuk beramai2. Jihad gk tu)
2 - ASB (mcm2 ada, ASB, ASN, ASW dll. P tanya pjbt pos, CIMB, Maybank)
3 - Etiqa Takaful / Insurance ( ad ejen dia dpn Heap Lee tu @ www.etiqa.com.my
4 - Takaful Ikhlas (kt Kgu ad ejen dia, xpun surf ja d internet hee)
5 - Join mana2 tempat yg ada kt tempat tuan2 tu (18 thn ke atas k)
6 - Wat skim pelaburan melalui pinjaman (leh p di CIMB, Maybank)
7 - Public Mutual Fund (tp yg ini guna bnyak duit. Silap2 satu kelas ko kena labur hahaha)
8 - Kalu dh trlampau banyak dh duit tu, xtau nk wat pa, beli ja emas & akan dilabur di ar-Rahnu : www.etikaemas.com (sebab emas kebal inflasi & deflasi hu3)

Diharap ia dpt menarik minat tuan2 utk mnabung / invest, drpd dihabiskan begitu saja & xnampak apa2 hee. Jgn dilabur di tempat xtentu2 plak (Yam, ko dengar x ni???)

Sekian.

Mutiawa kata harini : Org yg bahagia akan selalu mnyediakan waktu utk mmbaca, krn mmbaca itu sumber hikmah, mnyediakan waktu tertawa krn tertawa itu muzik jiwanya, mnyediakan wktu utk brfikir krn brfikir itu pokok kemajuan, mnyediakan waktu utk beramal krn beramal itu pangkal kejayaan, mnyediakan waktu utk bersenda krn brsenda mmbuatkan anda muda selalu & mmyediakan waktu beribadat krn ibadat itu ibu segala ketenangan jiwa.

Selamat Berbahagia.

Thursday, February 5, 2009

Senyum2 Selalu...

Alhamdulillah akhirnya siap jgk bhan pertama utk di post hee. Hari tu test ja dulu. Eh bising pulak si kaka ni suruh den pulang syoh2.

First of all, tujuan blog ni dibangunkan adalah untuk kita bersama2 mengeratkan lagi perhubungan, berkongsi pengetahuan / pengalaman, menmbahkan keriangan dan mewarnakan kehidupan dengan warna2 keceriaan. Janganlah pulak tujuan baik ini dicemari dengan 'perkara2' yg x sepatutnya & mnyebabkan ia digunakan untuk mewujudkan suasana tidak harmoni di IPGM Keningau yang indah nian ini.

Rasanya belum tlambat lagi nk ucapkan Welcome to First Degree, Ahlan wa Sahlan & Tahniah kpd student2 PISMP Sem. 1 (yg 4 kelas tu). Teruskan perjuangan menjiwai profesion mulia ni. Jgn main2 lg nooo he3.

Kpd final year student, PISMK OUM, ni tahun last kita. Buktikan we are the first & ever!!! Banyak lagi ilmu yg x lengkap lagi di paru2 & dada ini hee. Kena banyak la pi korek2 ilmu kat mana2 tempat yang ada di dunia ni. Kak Jah di library menghulurkan tangan terbuka untuk membantu anda hee.

Sekian dahulu untuk pagi ini. Hadapi dengan Senyuman - Dewa.

Mutiara kata untuk hari ini : Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara.

Monday, February 2, 2009

Test.....

Welcome to my blog.....