Tuesday, August 24, 2010

Mengapakah Kita yang Disalah tafsir???


Salam. Rasanya semua dapat meneka apakah gambar pekerjaan yang ditunjukkan di atas. Ianya mampu diteka oleh murid Pra-Sekolah dan Tahun 1. Dia adalah seorang GURU. Walaupun sekarang bukan bulan yang di dalamnya terkandung sambutan Hari Guru tetapi Hari Kebangsaan, tetapi kita mesti menjadikan guru itu sentiasa diingati dan dihargai setiap hari, bukannya pada Hari Guru, yang mana guru sendiri yang nampaknya lebih kepada pihak yang menganjurkannya.

Perkembangan mutakhir dalam bidang perguruan dan keguruan sejak akhir-akhir ini amat menarik perhatian. Standard Guru Malaysia, isu perbincangan pemansuhan UPSR, PMR, KPI yang telah ditetapkan dalam NKRA, masalah sosial pelajar sekolah dan lain-lain lagi . Ya, itulah guru bagi saya. Sentiasa penuh dengan perbincangan-perbincangan yang ilmiah dan pengutaraan idea-idea yang berinovatif untuk membentuk murid, pelajar dan anak didik menjadi 'INSAN YANG BENAR'. Bukan hanya apabila menulis surat karangan tidak rasmi, kita akan menamatkannya dengan ayat 'Yang benar". Benar boleh dihuraikan dalam konteks yang pelbagai.

Isu yang ingin ditimbulkan ialah pandangan dan persepsi sesetengah pihak sejak akhir-akhir ini, yang nampaknya ingin merendah-rendahkan martabat guru. Pelbagai isu remeh-temeh digunakan untuk menyerang profesion mulia ini. Nampaknya banyak lagi yang perlu dipelajari oleh pihak-pihak ini. Jangan beranggapan kita mempunyai pelbagai saluran untuk mengetengahkan masalah, kita menggunakannya dengan zalim, iaitu meletakkan kemudahan saluran tersebut bukan pada tempatnya. Pelbagai artikel bagi saya yang agak rendah mutu ilmiahnya ditulis seperti Guru Dimanjakan, Isu Gaji Guru dan beberapa artikel lagi yang bagi saya mempunyai niat 'kurang murni'.

Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur kepada Allah kerana semasa menuntut di SMK DR Burhanuddin, Taiping (1999-2003), pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, diwajibkan mengikuti program bacaan kitab pada hujung minggu (saya tidak pasti sama ada program ini masih diteruskan atau tidak). Pada hari Jumaat malam Sabtu, Ustaz Ridzuan yang merupakan salah seorang ustaz di sekolah tersebut, akan menyampaikan kuliah agama daripada kitab yang bertajuk 'Pelita Penuntut' karangan Syeih Azabnuji. Kalu tak silap saya usia kitab tersebut sudah agak lama, dikarang sekitar 300-400 tahun yang dulu. Terlalu banyak pengajaran yang diperoleh daripada kitab tersebut. Kitab tersebut telah dapat menghuraikan di manakah sebenarnya taraf dan martabat seseorang guru tersebut patut diletakkan. Bagaimana adab bertanya kepada guru, bagaimana adab menuntut ilmu, bagaimana adab menghormati guru. Pendek kata semuanya adalah berkisar bagaimana untuk meletakkan taraf dan martabat seseorang guru di tempat yang sepatutnya.

Teringat saya sewaktu mendengar kuliah yang disampaikan, rupa-rupanya banyak perlakuan kita yang telah termasuk ke dalam kategori BIADAP dengan guru ketika kita menuntut ilmu. Kita banyak menyampuk percakapan guru kita, kita selalu bemain-main di tempat duduk beliau, kita selalu memotong percakapan mereka. Apabila guru membuka soalan 'Baiklah, ada sapa-sapa yang nak tanya soalan', semua geleng dan kata 'Tak da, cikgu'. Tapi bila cikgu tu sudah hendak meninggalkan kelas, baru kita sibuk nak tanya, 'Cikgu,cikgu. Nak tanya sikit la'. Begitu rendahnya adab kita dengan guru-guru kita.

Jadi, saya amat pelik mengapa ada sesetengah pihak yang tidak puas hati sangat dengan guru-guru. Terdapat ratusan ribu lagi guru yang mendidik anak murid mereka dengan jiwa yang tulus murni. Kadang-kadang ibu-bapa sendiri tidak mampu dan tidak tahan melayan kerenah anak mereka yang cuma 2-3 orang di rumah. Tetapi seorang guru akan melayan kerenah anak-anak muridnya yang seramai 25, 30 atau 40 orang di dalam satu kelas. Contohnya lagi, gurulah yang kadang-kadang terpaksa mendahulukan bayaran insurans murid-murid yang cuma RM 1.50 untuk memastikan sekiranya berlaku apa-apa yang di luar jangkaan, murid-murid mendapat perlindungan yang sewajarnya. Jangan anggap RM 1.50 itu, alaaah kecik saja. Kalau insan itu bukan seorang guru, dia mungkin akan berfikiran, 'Alah, pandai-pandai budak ni lah nak bayar ke tak'. Bayangkan, berapa ramai guru yang tidak lena tidur malam memikirkan tahap pencapaian murid dan tugasan-tugasan yang perlu dibereskan, bagi memastikan kelangsungan profesion mulia ini.

Saya juga menyedari wujudnya situasi 'tak pa, tak mengapa, lantak kat diorang la dll' apabila orang lain menyatakan sesuatu yang tidak benar dan tidak wajar berkenaan martabat profesion ini. Kita perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dan sentiasa terkini dalam apa jua isu yang berlaku di sekeliling kita. Peka terhadap persekitaran, jangan pekakkan telinga terhadap apa yang berlaku di persekitaran kita. Kembalikan semua kemahiran berbahas dan berdiskusi demi mencari penyelesaian yang bijak terhadap, terhadap sesuatu permasalahan. Kembalikan semula suara keramat yang selama ini telah membentuk banyak 'INSAN YANG BENAR' di luar sana. Kita perlu menghindari daripada berfikiran bahawa pekerjaan guru ini kerja-kerja yang biasa sahaja, pekerjaan pilihan terakhir, pekerjaan untuk rilek-rileks. Hanya orang-orang yang rendah jati dirinya sahaja yang sememangnya berfikiran sebegitu. Kita perlu menjadikan profesion sebagai profesion yang luar biasa dan penuh dengan warna-warni yang dapat mengindahkan kehidupan. Masih terlalu banyak cabaran yang menanti kita di hadapan. Teguhkan niat, kukuhkan jati diri, satukan ayunan langkah, sibar bahagia pasti terpatri.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua pihak agar memerdekakanlah fikiran kita dalam usaha mengangkat martabat profesion mulia ini ke tempat yang sewajarnya dan selayaknya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 Tahun.


Tulus ikhlas dari hati,

Musafarudin Hj Othman,
Triang, Pahang.



Sunday, August 15, 2010

Sambutan Isra' Mikraj dan Ihya Ramadhan 1431H

Tempat : Dewan SK (LKTP) Kemasul
Tarikh : 6 Ogos 2010

Berbagai-bagai jenis air yang dibawa sewaktu bacaan Yaasin. Oren, milo dll hu3
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang dijalankan sewaktu Bulan Membaca
Murid-murid kusyuk mengikuti program yang dijalankan
Posing dekat pokok ni la plak...
Senyum selalu
Set meletakkan PA System yang dicipta oleh Cg Ridzuan dan Cg Pian
Murid-murid tekun menyiapkan tulisan khat masing-masing
Ceramah Isra' Mikraj yang disampaikan oleh Tn Hj Aris
Jamuan selepas majlis selesai

Saturday, July 31, 2010

Balik Kampuuunggggg....

Selalunya kalu balik kampung ikut highway. Karak-Bentong-Genting Sempah-Genting-Batang Kali-Kuala Kubu Baru-naik highway kat Tanjung Malim dan keluar kat tol Changkat Jering. Dalam 4 jam 30 minit dah boleh sampai Sg Kerang. Tapi kadang-kadang mengantuk gak ikut highway ni. Sorang-sorang tak leh sembang ngan sapa. Apa lagi layan Sinar lah jawabnya hu3.

Tpi balik ni ubah plan sikit. Ikuat jalan lama banyak. Mula-mula Karak-Bentong-Genting Sempah-Genting-Batang Kali-Kuala Kubu Baru. Lepas tu masuk Bandar Tanjung Malim. Merayau-rayau kat bandar lama dan baru. Sebenarnya nak cari Pau Yik Mun yang dikatakan popular sejak 1926 kat sana tu. Cari punya cari jumpa la. Beli 2 perisa - Kaya dan Kacang Merah. Satu bungkus RM14.00. Lepas tu sambung balik jalan ikut Bidor dan Sungkai. Best gak rupanya ikut jalan lama ni. Boleh tengok-tengok pekan kat situ.

Lepas tu baru naik highway Tapah, tapi turun kat Gopeng sebab nak ikut jalan lama balik hu3. Kena bayar tol RM 4.30 sahaja. Dari Gopeng jalan sampai Batu Gajah, pandu sampai Parit kemudian masuk Beruas. Dari Beruas nak sampai Sg Kerang dekat sangat dah la he3. Dari Kemasul pukul 12.30 tengah hari dan sampai Sg Kerang pukul 7.00 malam. Walaupun agak jauh tapi puas hati sebab boleh tengok pekan dan bandar yang ada dalam negeri Perak ni he3.

Kellies Castle, Batu Gajah
Bergambar berlatar belakangkan Kellies Castle, Batu Gajah.
Pesawat yang digunakan untuk balik kampung hu3
Pekan Parit ni kecil sahaja...
Hmmm sekarang kita belok kiri ikut Beruas...
Makan udang galah malam ni hee
Pau Yik Mun - The Famous Tanjung Malim
SAA 1849U dah sampai Sg Kerang hu3
Pasar Terminal Makanan Negara
Bangunan Utama Terminal Makanan Negara
Balik Kemasul semula. Hmm Ikut yang tulis Genting Highlands dan kemudian ikut Kuantan tu...

Demonstrasi Membuat Roti Puri oleh Guru Besar

Tempat : SK (LKTP) Kemasul, Triang, Pahang
Tarikh : 19 Julai 2010

Mula-mula macam ni...
Lepas tu uli-uli macam ni. Boh air sikit...
Aksi Kak Liza dan Kak Zamnah yangbegitu teruja melihat roti tersebut kembang apabila digoreng di dalam kuali ha3. (Tapi gaya Kak Zamnah ni macam nak mencopet rahsia wat roti ni ja hahaha)
Sedia untuk di makan hee..

Saringan 2 LINUS - Numerasi

Tempat : Makmal Sains, SK (LKTP) Kemasul, Triang, Pahang.
Tarikh : Jun-Julai

Untuk Saringan 2 LINUS-Numerasi, seramai 17 orang murid yang kandas dalam Saringan 1 dahulu telah menjalani saringan ini. Alhamdulillah seramai 11 orang telah lulus Saringan 2 ini dan masih terdapat 6 murid yang akan mengikuti P&P LINUS untuk menjalani Saringan 3 akan datang. Semoga berjaya.


KEPUTUSAN SARINGAN LITERASI 2 (JUN) 2010

A. BILANGAN MURID NUMERASI : 17 orang

B. MURID NUMERASI LULUS (KONSTRUK 1 – 10) : 11 orang
1. ARIEF B. JAMAN
2. MOHAMAD HAFIZUL AZWANI B. MOHD SANI
3. MOHAMAD ZULFAHMI B. MUSA
4. MUHAMAD HANIF IKRAM B. AHMAD
5. MUHAMMAD ANN SHAHRIL B. AZMI
6. MUHAMMAD FAUZAN B. ABD LATIF
7. MUHAMMAD IZWAN FAKHRULLAH B. SAIFUL ANUAR
8. NUR RADHIATUL AISYAH BT. ABDUL LATIF
9. NURUL FATIHAH BT. MAT SEMIN
10. NURUL INSYIRAH BT. MAD NOOR
11. AINAA FARHANA BT. ABDUL RAHMAN

C. MURID NUMERASI BIASA (KONSTRUK 3 – 9) : 5 orang
1. MOHAMAD SYAHRUL IZWAN
2. MUHAMAD AMIRUL B. NORISHAM
3. MUHAMMAD HILMI B. JAFRI
4. NUR AIDIL ADHA B. MOHAMED
5. YONESHWARAN A/L SIVA SARAVANAN

D. MURID NUMERASI PEMULIHAN (KONSTRUK 1 – 2) : 1 orang
1. SHAHARUDDIN A/L LAJIN


Hafizul sedang menjalani Saringan 2 Numerasi - Lisan di Makmal Sains.

Set saringan lisan Numerasi untuk konstruk 1,2, dan 3

Set saringan lisan Numerasi untuk konstruk 4,5,6 dan 7


Guru sedang menyusun set saringan lisan Numerasi di Makmal Sains

Guru membuat pemeriksaan terakhir ke atas set saringan lisan Numerasi yang akan digunakan