Thursday, March 26, 2009

Gurindam Jika Guru

Jika guru pentingkan diri…
Murid terbiar tak berciri….

Jika guru mencari salah …
Murid nanti banyak helah…

Jika guru suka berleter..
Apa dikata semua terpinggir..

Jika guru bermulut laser..
Murid dengar rasa terseksa..

Jika guru suka mengkritik
Murid pasif setiap detik…

Jika guru bersuara keras..
Apa dikata tak beri bekas…

Jika guru memilih bulu..
Ada murid terguris kalbu..

Jika guru berlagak tahu..
Nanti murid jadi keliru..

Jika guru suka menyuruh..
Kerja murid selalu tertangguh..

Jika guru nak mencari nama..
Apa lakukan semua tak kena

Jika guru mengharap balas..
Apa disampai jadi tak ikhlas..

Jika guru suka membantu..
Muridnya pasti cepat maju..

Jika guru bermotivasi..
Muridnya bersikap dedikasi

Jika guru bersuara lembut
Apa disampai cepat disambut

Jika guru bermanis muka
Murid belajar penuh ceria..

Jika guru pandai nasihat
Yang lemah dapat ditingkat…

Jika guru selalu iltizam
Murid belajar lebih berazam

Jika guru pandai memujuk
Sikap positif dapat dipupuk

Jika guru berjiwa peyayang
Apa dilaku menjadi senang

Jika guru selalu reflektif
Amalan kerjanya proaktif

Jika guru bersikap ikhlas
Ilmunya berkat memberi bekas

Jika guru berwawasan…
Apa dipesan membawa kesan..

Wednesday, March 18, 2009

Gua Niah : Keajaiban Alam Ciptaan Allah.....

1. Alhamdulillah akhirnya selamat juga kami menamatkan cuti2 Malaysia bersama family Hamim di Miri. Satu percutian yang penuh pengalaman baru, kenangan baru, pemandangan baru dan yang baru-baru lah pendek katanya heeeee. (Kat KFC Bandaran ni tengah update blog ngan Pok Li ni he3)

2. En Hamim dan keluarganya memberikan layanan yang amat baik kepada kami semasa berada di sana. Terima kasih banyak2 kepada Tn Hj Said dan Pn Armah di atas segala layanan dan kemesraan yang dikongsi bersama kami. Budi Tn Hj sekeluarga tak dapat kami lupakan.

3. Alhamdulillah semalam kami mendapat peluang keemasan ’berekspedisi’ ke Gua Niah, Miri. Bayaran masuk RM5 sahaja untuk student. Kami semua kan student he3. Pemandangan di kiri dan kanan ke gua tersebut, Subhanallah, amat indah dan mempersonakan. Banyak bentuk muka bumi dan pemandangan yang sukar dicari di tempat lain.

4. Kami juga terkejut sebab dalam perjalanan ke gua di situ, ada la plak kedai cenderamata dan menjual minuman ringan di tengah-tengah hutan tu hu3. Pemandangan di dalam Great Cave di situ amat memukau dan kadang-kadang agak menyeramkan (ni bukan cerita hantu k). Sebab pemandangan di situ agak gelap, bumbung gua yang amat tinggi dan penuh dengan pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit yang berceracak di sana sini.

5. Semoga warisan alam ini terus dipelihara dan dipertahankan untuk tatapan generasi akan datang.

Taman Negara Niah

Menakjubkan.....

Hmmmm.....

Ni la kedai di tengah-tengah hutan tu he3

Menuju ke Great Cave

Tapak arkeologi

Gua Dagang

Bersama penunggu gua. Jangan marah r heeee

Terbang saja kalu bergambar

Keluarga Hamim.....

Kenduri kahwin di Pulau Melayu, Miri.....

Bersama Hj Said (Ayah Hamim)

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut

Budi baik rasa nak junjung



Tuesday, March 10, 2009

Ke Mana Hilangnya Budaya Ini ? (Dari Rumah Kebudayaan S'wak)

  1. Alhamdulillah akhirnya rombongan ‘Visual Exploration 09’ IPGM Keningau selamat tiba di Rumah Kebudayaan Sarawak, yang merupakan kemuncak kepada eksplorasi ini. Beratus-ratus malahan tidak keterlaluan dikatakan bahawa terdapat beribu-ribu corak dan motif yang dipamerkan di rumah kebudayaan di situ.

  1. Saya dan Lee terpaku sejenak sewaktu berada di rumah Melayu dan rumah Orang Ulu. Di rumah Orang Ulu, terdapat banyak motif dan corak yang memukau pandangan. Sampai Lee cakap di sanggup tidur di situ jika diberi peluang ha3. Kakitangan yang menjaga setiap rumah banyak memberikan penerangan yang amat berguna kepada kami. Terima kasih banyak2 kamek ucapkan he3.

  1. Melangkah masuk sahaja, kami disambut dengan sesi berbalas pantun yang dilagukan dengan iringan rebana. Kakitangannya terdiri daripada warga emas yang amat peramah dan banyak memberikan kerjasama. Di dapurnya plak, ada orang yang memasak kuih Melayu tradisional (kuih sepit dll) menggunakan dapur kayu api.

  1. Pantun diiringi paluan rebana + Layanan yang mesra + Bau asap dari dapur kayu = memberikan saya satu perasaan yang sukar digambarkan. Bercampur baur (rindu, sebak, kagum, kecewa dll). Rindu sbb teringat suasana ini masa kecil2 dulu. Sebak sbb masih ada orang yang masih mampu menonjolkan dan mempertahankan nilai murni ini. Kagum krn pengurusan yang amat baik. Kecewa krn masyarakat kini sudah ramai yang meninggalkan amalan rasa hormat pada orang lain, melayan tetamu dengan baik dan menghargai warisan budayanya sendiri. Terima kasih Rumah Kebudayaan Sarawak...

Limau manis dimakan manis

Manis sekali rasa isinya

Dilihat manis dipandang manis

Manis sekali hati budinya.


Jentayu burung jentayu

Hinggap di balik pokok mayang

Bunga kembang akan layu

Budi baik bilakan hilang


(Credit to : http://penyair.wordpress.com/)


Berpantun diiringi paluan rebana

Membuat kuih tradisional

Menyumpit di Rumah Penan

Bersama kakitangan Orang Ulu

Corak di rumah panjang Orang Ulu

Thursday, March 5, 2009

Laporan Terbaharu dari Sarawak (5 Mac 09) .....

  1. 9.00 pagi : Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai jugak kami di Lapangan Terbang Kuching (KIA) untuk memulakan ’Visual Exploration’ ni. Rasanya reka bentuk airport ni macam kat Penang Airport ada gak hehehe. Airport yang kemas, bersih, selesa.

  1. 9.50 pagi : Sampai di IPGMBL. Disambut oleh Penyelia / Warden Asrama untuk pendaftaran. Pihak pengurusan amat mmberikan kerjasama. Dapat baldi lagi untuk digunakan di bilik air. Tq banyak2. Ditetapkan menginap di Flat C4. IPGM yang bersih, kemas, dan agak luas. Cuaca sini agak panas. Tuan2 bukan berada di Keningau ya hehehe.

  1. 3.15 ptg : Bertolak ke Bandar Kuching. Betul la macam banyak orang kata, bandar ni memang bersih dan mempunyai pandangan yang cantik. Tahniah hehe. Tempat pertama pergi Boulevard. Cari barang sikit. Sempat jgk diaorang makan wafer n minum2 hot drink kat situ he3.

  1. 4.35 ptg : Bertolak ke kilang membuat pasu. Ni dah kira masuk fasa wat kajian lapangan dah ni. Macam2 corak pasu yang ada kat situ. Yang paling menarik bagi saya pasu yang ada corak ’hornbill’, ’orang menyumpit’ dan ’rumah panjang’. Masing2 dah terbayang di minda yang masing2 genius tu, apa motif & corak yang akan dihasilkan he3. Sempat gak beli 3-4 untuk kenangan. Macam2 bentuk, macam2 warna, macam2 corak, macam2 harga ha3.

  1. 5.15 ptg : Bertolak ke Bandar Kuching (Wisma Satok, Pasar Satok) untuk makan malam. Masa makan kat Pasar Satok, nak minta Mee Kolok. Tp belum sampai lagi taukeh dia cakap (tp lepas tu pau Z punya mee sebab waktu dia order mee tu dah sampai ha3). Order la Mee Pok. Jangan salah baca k ha3. Macam-macam diorang bedal. Laksa Sarawak, Mee Kolok, Laksa Penang (Akmal orang Penang pun bleh belasah lagi Laksa Penang kat sini hahaha), Mee Pok dll.

  1. 8.40 malam : Sempat lagi diorang ni pergi tengok Cheerleader Contest kat Auditorium di IPGMBL ni. Macam2 aksi dan muzik diorang persembahkan hahaha. Nasib bek Pok Li teringin nak nek atas pentas untuk join. Penat dia cakap ha3. Sanim balik awal, takut sandal cute warna biru dia tu haus ha3.

  1. P/S : To Mak Yam : Hati2 sikit menari tu, jangan jadi tarian Ngajat pulak. To Ono: Jangan lupa bagi makan ikan Uncle Epi tu, pandai nanti tu dia merepot kat tuan dia hahaha. Jangan main api dalam bilik, terbakar nanti hu3. To Kamal : Nanti orang beli seruling tu, hang tak pandai tiup, JAGA!!! ha3.


Kuching International Airport (KIA)...

Panorama di IPGMBL...

Boulevard, Kuching...

Kilang buat pasu. Agak2 boleh jadi taukeh pasu tak ha3

Pasu ni yang den kata cantik tu....

Wisma Satok, Kuching, Sarawak...

Apala yang ditunggu si Akmal ni???

Tunggu Apek beli burger. Kuat makan betul dia sekarang hu3

Mee Pok (jangan salah baca k he3)

IPGMBL Cheerleaders Contest...

Wednesday, March 4, 2009

Mengapa Sukar Berterima Kasih ???


1. Salam. Bertemu kembali kita dalam interaksi alam maya ni hehehe. Ada topic best gak nak bincang ni. Saya ada baca satu statement, dia kata ada 3 benda yang kita susah nak ucapkan kepada seseorang iaitu : Please forgive me, Please help me & I love you. Nampaknya saya nak tambah lagi satu : Thank you!!! Dan kita nampaknya lebih mudah untuk kata : I hate you !!!

2. Post ni bukanlah ditujukan kepada sesiapa, tetapi kepada semua orang termasuk diri saya sendiri heee. Sebab nampaknya sikap tidak berterima kasih ni dah semakin menular dalam masyarakat kita, yang selama ini amat menitikberatkan amalan mulia ini. Sampai kadang-kadang egonya kita hingga sanggup memperkudakan, menghina malah memfitnah orang yang banyak menolong kita. Hmm kalau tak orang Melayu tak buat la pepatah : Ibarat melepaskan anjing tersepit. Kan3 ??

3. Suka juga saya untuk respons kepada luahan blog2 tertentu berkenaan sikap tidak berterima kasih ni. Bloggers ini persoalkan kenapa, ada orang yang sudahlah tidak tahu berterima kasih, malah sanggup ’pukul belakang’ dan fitnah balik yang yang menolongnya?? He3 ini macam-macam faktor yang boleh menyumbang. Kawan2, Bg saya, yang penting ialah faktor wahan – penyakit hati dia tu sendiri he3.

4. Walaupun Islam menuntut setiap orang Islam melakukan amal kebaikan dengan ikhlas namun Islam amat prihatin dalam menyuruh mereka yang menerima budi baik orang lain agar berterima kasih. Dalam satu hadis riwayat Imam Tirmizi ada menyatakan:
" من لم يشكر الناس لم يشكر الله"
Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia maka dia tidak berterima kasih kepada Allah.

5. Hadis ini, menurut pandangan Imam Tirmizi ialah hasan sahih. Maksudnya hadis ini terpakai dan kita perlu mengamalkannya.

6. Apa2 pun, di sini saya nak ucapkan terima kasih 1456897 juta kali kepada semua ahli keluarga saya, rakan2 sekelas OUM, rakan2 sekolah lama, rakan2 di IPGM, individu2 yang terlalu banyak menolong saya semasa susah dan senang. You all teach me a lot how to understand the meaning of ’LIFE’ hehehe.

7. P/S : Petang ni kami dah bertolak tuk our Visual Exploration to Sarawak. To Ono, jaga bilik baik2. Jangan sampai terbakar atau banjir bilik tu plak he3. Mak yam, jangan lupa thanks untuk pencungkil gigi semalam ho3.

“Jika tanganmu tiada daya membalas budi maka dipanjangkanlah lidahmu untuk berterima kasih dan mendoakannya”

Credits>> http://muslihiman.blogspot.com/ & masferr yang terlalu merah harini heee.



Punya la tinggi sikap membalas terima kasih dalam kartun tu he3

Terima kasih 138786323 juta kali kpd family yg banyak support....

Terima kasih 76752 juta kali kpd rakan2 yang banyak membantu....

Monday, March 2, 2009

Pelajar Melayu Tidak Minat Membaca ???



22 Feb yg lalu, Norizan Abdul Muhid ada tulis satu artikel yg agak menarik, dlm ruangan Pendidikan di Utusan Malaysia. Tajuknya - ‘Pelajar Melayu tidak minat membaca’.

Utk artikel penuh, boleh lihat di sini. *click me*

Komen sikit :

1. Membaca ni kena dibudayakan dari kecil lagi. Kanak-kanak perlu digalakkan masuk ke kedai buku, belek-belek buku, beli-beli buku & baca-baca buku hee. Jgn apabila kanak-kanak nak pergi belek-belek buku, kita suruh dia cepat-cepat belek atau jangan langsung pergi belek !! Ada ka patut ??

2. Kalu kita masuk mana-mana kedai buku yang besar-besar macam Popular, MPH, Times (yang kita boleh baca buku kat ruangan yang disediakan), kita dapat lihat ramai kanak-kanak ‘bukan Melayu’ baca buku di situ.

3. Parents diaorang plak, sanggup tunggu dgn baca buku-buku lain yang ada kat situ, seperti buku-buku perkebunan, resepi masak, permotoran dll. Kadang2 ada jugak auntie yang dah tua-tua boleh p baca buku ‘cara buat magic’?? Macam nak hentam gelak ja tengok. Harga dia mak aih – RM280++ !!

4. Pernah waktu p ekspo dengan anak saudara (umur 6 thn), waktu panas-panas tu, saya cadang nak balik dah. Tapi dia plak p ajak cari buku... Rasanya semua booth yang ada kat situ macam jual produk-produk tempatan & makanan ja. Tapi sebab rasa nak budayakan membaca ni kat kanak-kanak, p la jugak cari. Nasib baik ada satu booth ja yang jual. Dapat buku yang dia suka, nak balik la dia. Lepas tu dia jalan balik laju lg tu huhuhu.

5. Kalau ada ekspo-ekspo ni, harap syarikat2 buku ni join la ramai-ramai. Penerbitan kena kreatif. Sebab market untuk buku kanak-kanak ni luas. Kalau pandai bisnes, untung gila penerbit2 tu. Sebab kadang-kadang buku tu tak berkualiti kertas dia, terlalu wordy & gambar-gambar yg digunakan tu tak menarik langsung !!

6. Tak dinafikan, banyak buku sekarang ni boleh dibaca dalam bentuk pdf dll di internet. Tp bagi saya, banyak bezanya baca buku di online dengan yang real punya heee. Kalau beli buku, tak rugi sebab kalau dah banyak, boleh buat mini library di rumah ha3. Lagi pun banyak diskaun untuk buku-buku terpilih. P la cari, semuanya ada di kedai buku heee.


Mutiara kata : Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya ~ Emerson



- Ain (atas basikal ) & Izzah (dalam walker), Batu Kawan. Lepas beli buku, laju ja dia tinggalkan Paknjang dia huhuhu