Friday, February 13, 2009

Hari dan Warna

Isnin

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.


Selasa


Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.


Rabu

Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.


Khamis

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.


Jumaat

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.


Sabtu


Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.


Ahad

Hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

5 comments:

_Vu-JiE_ said...

Isnin - Hari untuk bangun lebih awal dari biasa sebab ada assembly. kalau tak pun ada tutorial.

Selasa - Mulai minggu hadapan akan meluahkan rasa sayang terhadap deskmate. (Jgn pura2. Ko lah tu! Haha.)

Rabu - Hari untuk check wallet secara teliti. Kalau duit lebih bolehlah jalan2 di pekan.

Khamis - Hari untuk berdoa waktu cepat berjalan sebab mengejar hari Jumaat.

Jumaat - Jangan tanya! Mestilah dalam TungMa. Hahaha.

Sabtu - Belajar memasak di rumah, cuci kain, jemur kain, lipat kain, bersihkan halaman rumah, bersihkan kipas, dlm erti kata lain, hari gotong royong.

Ahad - Bangun pagi berfikir jam berapa nak balik Keningau. Dekat tengahari, cancel plan secara tekad. Balik pada petang Isnin.


Kahkahkahkah. Kitaran mingguan seorang Vujie. Haha.

Musafarudin said...

To tulangikan:
Mcm ada pmbetulan la utk hari Jumaat n Sabtu ko tuh. Bukan Jumaat congak berapa duit plaburan PQ yg akan masuk utk hari Sabtu ka hahaha. 600 ba tu seminggu hahaha

_Vu-JiE_ said...

syhhtt jgn cakap kuat2..
nanti ramai org kawan aku scra tiba2. kawan ada makna. hahaha.

fiqah idris said...

semua lawak..

hahhahahaha

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN said...

Assalamualaikum.

Saya penulis asal post ini bertajuk Warna Hari Resonan pada 16 Julai 2007.

Harap dapat berikan kredit kepada blog saya.

Terima kasih