Wednesday, July 21, 2010

PERINGATAN KEPADA RAKAN2 PISMK-OUM YANG BAKAL DITEMUDUGA SPP, URGENT!!!

Salam. Post ini dibuat ditujukan khas kepada rakan-rakan PISMK-OUM yang bakal ditemuduga kelak. Anda diingatkan membawa maklumat lengkap berkenaan program kita kerana terdapat rakan-rakan di Sandakan yang tidak dibenarkan temuduga kerana terdapat sedikit salam faham.

Ia kerana terdapat kekeliruan di antara PISMP dan PISMK. Sepanjang pengalaman saya belajar di IP dulu, di OUM, PISMP bermaksud Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dan PISMK bermaksud Ijazah Sarjana Muda Keguruan. PISMK telah diluluskan oleh MQA dan JPA berdasarkan dokumen di bawah. Namun terdapat beberapa program Sarjana Muda Pengajaran yang masih dalam program mendapatkan pengiktirafan kerajaan. Boleh rujuk siaran di http://www.spp.gov.my/

Petikan daripada web tersebut : "Sehubungan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang lulus ijazah yang dinyatakan di atas dan telah memohon untuk lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, maka permohonan PPPLD itu adalah belum lengkap dari sudut Skim Perkhidmatan PPPS Gred DG41. SPP memutuskan bahawa permohonan PPPLD yang terlibat adalah dibatalkan dan pegawai dikehendaki memohon semula apabila ijazah berkenaan diiktiraf oleh Kerajaan"

PISMK adalah program mod Sepenuh Masa dengan kod A8920 dan tempohnya bagi pelajar yang bergraduat pada 06.02.2009 - 05.02.2010. Ini amat bertepatan sekali dengan tarikh yang dicatat pada skrol kita iaitu 08 Disember 2009. Berikut dimuatkan 4 dokumen berkenaan perkara ini iaitu skrol PISMK, Pengiktirafan Kelayakan JPA PISMK Kod A8920, Sijil Pendaftaran MQA PISMK Kod 8920 dan Siaran SPP berkenaan program beberapa program Sarjana Muda Pengajaran yang masih dalam program mendapatkan pengiktirafan kerajaan.

Wallahua'lam dan semoga berjaya dalam temuduga yang bakal dihadapi.
Salam.



Pengiktirafan Kelayakan JPA PISMK Kod A8920



Sijil Pendaftaran MQA PISMK Kod 8920


Skrol PISMK-OUM


NILAI TARAF IJAZAH SARJANA MUDA
UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
Program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan:
(a) Sarjana Muda Pendidikan (TESL) dengan Kepujian;
(b) Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Pra-Sekolah) dengan Kepujian; dan
(c) Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan Kepujian dengan Major;
(i) Bahasa Melayu
(ii) Bahasa Cina
(iii) Bahasa Arab
(iv) Bahasa Tamil
(v) Bahasa Inggeris
(vi) Pendidikan Islam
(vii) Pendidikan Seni Visual
(viii) Pendidikan Jasmani
(ix) Pendidikan Khas
(x) Pendidikan Muzik
(xi) Kajian Sosial
(xii) Sains
(xiii) Matematik
(xiv) Kemahiran Hidup

No comments: