Monday, March 2, 2009

Pelajar Melayu Tidak Minat Membaca ???



22 Feb yg lalu, Norizan Abdul Muhid ada tulis satu artikel yg agak menarik, dlm ruangan Pendidikan di Utusan Malaysia. Tajuknya - ‘Pelajar Melayu tidak minat membaca’.

Utk artikel penuh, boleh lihat di sini. *click me*

Komen sikit :

1. Membaca ni kena dibudayakan dari kecil lagi. Kanak-kanak perlu digalakkan masuk ke kedai buku, belek-belek buku, beli-beli buku & baca-baca buku hee. Jgn apabila kanak-kanak nak pergi belek-belek buku, kita suruh dia cepat-cepat belek atau jangan langsung pergi belek !! Ada ka patut ??

2. Kalu kita masuk mana-mana kedai buku yang besar-besar macam Popular, MPH, Times (yang kita boleh baca buku kat ruangan yang disediakan), kita dapat lihat ramai kanak-kanak ‘bukan Melayu’ baca buku di situ.

3. Parents diaorang plak, sanggup tunggu dgn baca buku-buku lain yang ada kat situ, seperti buku-buku perkebunan, resepi masak, permotoran dll. Kadang2 ada jugak auntie yang dah tua-tua boleh p baca buku ‘cara buat magic’?? Macam nak hentam gelak ja tengok. Harga dia mak aih – RM280++ !!

4. Pernah waktu p ekspo dengan anak saudara (umur 6 thn), waktu panas-panas tu, saya cadang nak balik dah. Tapi dia plak p ajak cari buku... Rasanya semua booth yang ada kat situ macam jual produk-produk tempatan & makanan ja. Tapi sebab rasa nak budayakan membaca ni kat kanak-kanak, p la jugak cari. Nasib baik ada satu booth ja yang jual. Dapat buku yang dia suka, nak balik la dia. Lepas tu dia jalan balik laju lg tu huhuhu.

5. Kalau ada ekspo-ekspo ni, harap syarikat2 buku ni join la ramai-ramai. Penerbitan kena kreatif. Sebab market untuk buku kanak-kanak ni luas. Kalau pandai bisnes, untung gila penerbit2 tu. Sebab kadang-kadang buku tu tak berkualiti kertas dia, terlalu wordy & gambar-gambar yg digunakan tu tak menarik langsung !!

6. Tak dinafikan, banyak buku sekarang ni boleh dibaca dalam bentuk pdf dll di internet. Tp bagi saya, banyak bezanya baca buku di online dengan yang real punya heee. Kalau beli buku, tak rugi sebab kalau dah banyak, boleh buat mini library di rumah ha3. Lagi pun banyak diskaun untuk buku-buku terpilih. P la cari, semuanya ada di kedai buku heee.


Mutiara kata : Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya ~ Emerson



- Ain (atas basikal ) & Izzah (dalam walker), Batu Kawan. Lepas beli buku, laju ja dia tinggalkan Paknjang dia huhuhu

1 comment:

Mdm. Masfer said...

musa,aku tau mana ko curi gmbr2 tu..ahahaha