Wednesday, October 7, 2009

PISMK OUM Semester 8/2009


1. PISMK-OUM Ambilan Januari 2006 sebenarnya terdiri daripada guru pelatih yang menjalani kursus persediaan (dulu dipanggil Pra-B.Ed) daripada 3 buah Maktab Perguruan (sebelum ditukar kepada IP n tukar lagi kepada IPGM Kampus ...). Me, Akmal, Rosli n Uncle Epi dari Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan manakala Hj Sanim dan Uncle Zhafran dari Maktab Perguruan Islam, Bangi, Selangor dan yang lain-lain merupakan guru pelatih asal dari Maktab Perguruan Keningau, Sabah.


2. Berikut 'pose' istimewa daripada guru pelatih PISMK-OUM Ambilan Januari 2006 yang sempat diambil oleh Cik Khay (PISMP KS) :

PISMK-OUM Ambilan Januari 2006

Bersama KJ Kajian Sosial dan KJ PSV

Bersama Tn Timbalan Pengarah IPGM Kampus Keningau

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Di sana padi di sini padi,
Itulah nama sawah dan bendang,
Di sana budi di sini budi,
Maka sempurna bernama orang.

Monday, October 5, 2009

Sekitar Program 4 in 1 IPGM Kampus Keningau, Sabah


1. Pada 2 Oktober lalu, satu majlis sambutan Malam Muhibbah Raya, Pesta Tanglung,Deepavali dan Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan di Dewan Besar IPGM Kampus Keningau. Majlis dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan nasyid, nyanyian lagu raya, pameran tanglung dll,


2. Berikut gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang majlis berlangsung...

Dari kiri : Tok Mufti, Me, Pok Li, Firdaus, Palak, Ganu, Wan, Afiq...

Dari kiri : Tok Mufti, Firdaus, Me, Naim, Palak, Ganu, Wan, Afiq...

Dari kiri : Tok Mufti, Ganu, Firdaus, Akmal, Me, Palak, Naim, Ganu, Afiq, Wan...

Merenung dalam kegelapan malam...

Tanglung Soyuz 1Malaysia...

Tanglung Menara Berkembar...

Pelbagai jenis tanglung...

Tanglung 1Malaysia...

Menggantung Menara Berkembar di dahan pokok...

Tiba-tiba jadi beku hu3
.
.
.
.
.
.
Tadaaa

Bye3 Selamat Hari Raya

Masih Kenalkah Anda Pada Insan-Insan Ini ????


1. Raya keempat, saya menerima satu panggilan telefon yang tak berapa misteri daripada insan yang mula-mula agak misteri kunun nak mai raya. Hari tu memang cuacanya memang panas. Katanya nak datang 2 kereta Kancil.


2. Sekali sampai....... nah 10 orang, yang kenal 3-4 orang ja sebab yang lain tu last tengok diorang tahun 2003 di SMK Dr Burhanuddin, Taiping dulu. Abu yang dulu cute amat tu pun ada ha3.

3. Ni lah gambar terkini student Batch PMR 2004 SMK Dr Burhanuddin yang berkunjung ke rumah raya keempat hari tu.... Masihkah anda kenal????


Dari kiri (depan) : Kawan Abu, Feisal (UIA), Bad Jr (UIA), Abu (Poly Kulim), Bd (UPNM), Saiful (UNIMAP), Hafiz (Petronas Tgu)
Dari kiri (belakang) : Syafiq (UTHM), Izwan (UDM), Buyut (UiTM Penang)

Say cheeseeeeeeeeeee...

Say cheeseeeeeeeeeee 2...

Balik Raya 1430H...


1. Gambar-gambar yang sempat diambil di Airport LCCT sejurus tiba dari Kota Kinabalu dan menunggu flight seterusnya ke Penang. Kami juga sempat bertemu beberapa insan istimewa termasuk artis la kunun-kuuunuuun (macam Heliza pulak tau diorang bilang tu budak ha3) ....


2. Mungkinkah ini kali terakhir kami balik beraya menggunakan flight???

Bersama Che Din, x-classmate waktu Pra BED kat IPRM, S'ban (now IPGM Kent trainer)...

Sejauh manakah "kekaguman" anda terhadap 'special pose' insan sebelah kanan tu ha3???...

Akmal : Heliza ka yang bertudung tu ha3??

Cuba teka imej apakah yang sempat dirakam ni???
.
.
.
.
.

Tadaaaaaa..

2 orang budak berserban dan berjubah...


Majlis Ihya Ramadhan Peringkat Zon Bingkor 2009


1. Pada 11 September lalu, bertempat di SK Jaya Baru, Keningau, Sabah telah diadakan sebuah Majlis Ihya Ramadhan Peringkat Zon Bingkor. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan nasyid. Seramai 4 orang hakim dan 1 orang jurukira telah dilantik khas dalam kalangan guru pelatih IPGM Kampus Keningau.


2. Saudara Mohamad Akmal (Hakim Lagu), Saudara Mohd Zahiddin (Hakim Lagu), Saudara Mohd Alfizari (Hakim Lirik, Saudara Mohamad Saifaizul Hamim (Hakim Gaya Persembahan) dan Mohd Firdaus (Jurukira). Sebanyak 5 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan nasyid yang didakan.

3. Keputusannya tempat ke 3 (SK Kg Baru), Naib Johan (SK Jaya Baru) dan Johan (SK Tuarid Taud). Tahniah kepada semua pemenang dan yang lain boleh mencuba lagi tahun hadapan dalam Majlis Ihya Ramadhan Zon Bingkor 2009, yang akan diadakan di SK Luagan, Insyaallah. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama.

MC jemputan bergambar sebelum majlis bermula hee...

Hakim2 yang dijemput khas daripada IPGM Kampus Keningau..

Jurukira jemputan...

Persembahan daripada SK Luagan...

Para peserta yang mengambil bahagian...

Persembahan daripada SK Jaya Baru...

Persembahan daripada SK Tuarid Taud...

Johan mengambil gambar kenang-kenangan...

Wednesday, September 2, 2009

Marhaban ya Ramadhan.......


Bersabda Rasulullah S.A.W :

"Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutupilah semua pintu-pintu neraka serta tidak dibuka satu pu darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga serta tidak ditutuplah satu pun darinya. Maka berserulah penyeru : Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirilah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam (Ramadhan)"

(Hadith riwayat at-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a)

Marilah kita bersama-sama menghidupkan Ramadhan kali, dengan memperbanyakkan amal ibadat dan mengimarahkan rumah-rumah Allah. Teruskan menyokong program-program yang telah diatur oleh Biro Agama dan Kerohanian sepanjang Ramadhan ini. Hayya Tarawih Hayya Tadarus.
Semoga kita beroleh rahmat berterusan daripada-Nya.


Wednesday, August 19, 2009

Coretan Ringkas Praktikum Jaya Baru (Siri 1)

1. Salam. Fuhh lama sangat dah rasanya tak wat new post untuk blog ni. Al maklumlah, sibuk praktikum 6 minggu lepas. Jadi untuk berkongsi pengalaman yang baru diperoleh dalam Praktikum Fasa III ni, saya bercadang untuk post coretan ringkas praktikum ni dalam beberapa siri (err tapi jangan anggap macam siri Bercakap dengan Jin macam buku thriller Tamar Jalis tu plak, tiada jin di Jaya Baru, Nenek Kebayan pun tiada, apatah lagi Tok Bomoh ha3)

2. 3 orang (dengan Mariam n Zashima) ditempatkan di SK Jaya Baru (SKJB). Lepas diagih-agihkan kelas oleh PK 1, maka mengajarlah saya di Tahun 6 (PSK, KT), Tahun 5 (PSK) dan.......... Tahun 1 (PJK). Diulang PJK. Alamak kena mengajar Tahun 1 la plak, PJK lagi tu. Paling rendah pun kelas PJK yang pernah saya ajar Tahun 3. Ni kalau silap-silap plan ini, boleh kena darah tinggi ni, tak pun gout hu3.

3. Tapi takpa, sebagai cikgu pelatih di IPGM Keningau yang sentiasa dilatih dengan Sepakat dan Kolektif Menjulang Kecemerlangan (nah kambang-kambang la Si Mariam tu ha3), maka otak ni pun ligat fikir, apa la yang akan diajar kat budak-budak tu. Nakal dia boleh tahan jugak la Tahun 1B ni. Dan kelas PJK tu pun start 8 Ogos (date kat gambar tu silap).

4. Warming up bukan main lagi lagu Mohabbatein, lepas bagi ja gelung rotan and riben (hand made lagi tu), apa lagi berterabur la budak-budak tu. Kita suruh dia pusing gelung rotan, sekali dia pusing sampai terbang 80 meter gelung rotan tu dari jarak tempat asal dia pusing ha3. Ramai jugak yang takjub (kebaru-baruan orang Sabah bilang) dengan riben yang disediakan, sampai semuanya berkreativiti sampai tak nampak lagi cikgu Musa diorang di depan hu3. Walaupun yang tidak bawa baju tak sepatutnya beraktiviti, tapi ada juga yang curi-curi join heee.

5. Lepas habis P&P tu, ada beberapa point yang perlu diambil perhatian waktu ajar budak Tahun 1 ni (ceh macam refleksi praktikum la plak) :
- Satu kumpulan tak boleh ramai sangat ahli.
- Kurangkan beri arahan dan jarak waktu antara satu aktiviti ke satu aktiviti, mesti lebih singkat (kalau tak ada yang wat stunt kat belakang hu3)
- Jangan guna alat banyak sangat, mesti kalau boleh sorang dapat pegang satu alatan berkaitan.
- Mesti ada pertandingan atau aktiviti yang berbentuk persaingan tu (budak-budak umur macam tu memang suka kalau bersaing saing ni hee)

Terbang seperti buruuuungggg.....

Ada yang sempat stunt lagi tu.....

Wajihah sedang berkreativiti dengan ribennya hu3

Jaya Baru Boleehhhh.....