Thursday, July 29, 2010

Misi Penting di Kota Kinabalu

Salam. Cuti sekolah yang lalu, saya dan Akmal telah bertolak ke Kota Kinabalu untuk melaksanakan misi penting yang amat mencabar dan memerlukan perancangan yang rapi (hmm kenapa bunyi di macam karangan budak UPSR ni). Misi tersebut ialah membawa pulang 2 buah motosikal yang selama ini digunakan untuk menggempur kawasan sekitar Keningau, Tenom, Tuarid Taud, Kota Kinabalu dan kawasan lain yang berada dalam sistem radar motor tersebut. Turun ja dari Cameron Highlands terus ke Bukit Mertajam untuk berjumpa Akmal untuk shopping2 sebelum bertolak ke Kota Kinabalu. Sampai jurujual kat Pacific tu pun tension dah sebab kami keluar lambat sangat ha3. Jangan marah kak, nanti tak dak sapa berkenan. Banyak aktiviti yang dilakukan di sana tetapi malangnya kenapa la selalu sangat tertinggal kamera. Jumpa Mak Yam, borak-borak dan sempat belasah keta Gen-2 dia sampai dia pun pening kepala ha3. Sempat juga jumpa Zahiddin dan Shamir. Main bowling sampai lenguh urat2 kaki. Tempat tidoq, macam biasa la, Wak's Hotel. Tq banyak2 kepada En Ono dan En Sapeq yang banyak membantu kami menyelesaikan misi penting tersebut hu3. Ada masa jumpa lagi.


En Ono dan En Sapeq...
Cheeesee...
Aksi En Din selepas membuat balingan yang sayup mata memandang hu3
Senyum kat sini pulak lah...
Peserta yang menyertai Kejohanan Boling Terbuka Piala Pemerintah Planet Jupiter ...
Striiikeeeee...
Tabik jangan tak tabik hu3
Sekitar Pasar Mutiara Kota Kinabalu...
Pulau Gaya...
Cengkerang siput dan lain2...
Alaa Peq kenapa ko pejam mata tu hu3

Dua orang atlit yang BERCADANG mengharumkan nama negara dalam acara bina badan hua38x
Tukar tempat plak he3

Sedang mempraktikkan kekuatan selepas menjalani latihan selama 1 bulan di Keningau Fitness Centre ha3 (pandai2 ja boh nama tu)
Kami akan jadi KUAT ha3
Posing bersama bakal ahli bina badan Negeri Sabah ha3

3 comments:

zydande said...

ahahaha..sy lah juara..T.T

Musafarudin said...

Ya la ya la. Nanti kalu x bg hg menang merajuk pulak hua3. Nak pujuk jenuh gak tu hahaha

Sapeq said...

eleh za8, sapa juara sbnr ehem ehem.. wakakaka musa baru aku tbaca ni, pnya lucu...malu iiiiiii