Wednesday, August 19, 2009

Coretan Ringkas Praktikum Jaya Baru (Siri 1)

1. Salam. Fuhh lama sangat dah rasanya tak wat new post untuk blog ni. Al maklumlah, sibuk praktikum 6 minggu lepas. Jadi untuk berkongsi pengalaman yang baru diperoleh dalam Praktikum Fasa III ni, saya bercadang untuk post coretan ringkas praktikum ni dalam beberapa siri (err tapi jangan anggap macam siri Bercakap dengan Jin macam buku thriller Tamar Jalis tu plak, tiada jin di Jaya Baru, Nenek Kebayan pun tiada, apatah lagi Tok Bomoh ha3)

2. 3 orang (dengan Mariam n Zashima) ditempatkan di SK Jaya Baru (SKJB). Lepas diagih-agihkan kelas oleh PK 1, maka mengajarlah saya di Tahun 6 (PSK, KT), Tahun 5 (PSK) dan.......... Tahun 1 (PJK). Diulang PJK. Alamak kena mengajar Tahun 1 la plak, PJK lagi tu. Paling rendah pun kelas PJK yang pernah saya ajar Tahun 3. Ni kalau silap-silap plan ini, boleh kena darah tinggi ni, tak pun gout hu3.

3. Tapi takpa, sebagai cikgu pelatih di IPGM Keningau yang sentiasa dilatih dengan Sepakat dan Kolektif Menjulang Kecemerlangan (nah kambang-kambang la Si Mariam tu ha3), maka otak ni pun ligat fikir, apa la yang akan diajar kat budak-budak tu. Nakal dia boleh tahan jugak la Tahun 1B ni. Dan kelas PJK tu pun start 8 Ogos (date kat gambar tu silap).

4. Warming up bukan main lagi lagu Mohabbatein, lepas bagi ja gelung rotan and riben (hand made lagi tu), apa lagi berterabur la budak-budak tu. Kita suruh dia pusing gelung rotan, sekali dia pusing sampai terbang 80 meter gelung rotan tu dari jarak tempat asal dia pusing ha3. Ramai jugak yang takjub (kebaru-baruan orang Sabah bilang) dengan riben yang disediakan, sampai semuanya berkreativiti sampai tak nampak lagi cikgu Musa diorang di depan hu3. Walaupun yang tidak bawa baju tak sepatutnya beraktiviti, tapi ada juga yang curi-curi join heee.

5. Lepas habis P&P tu, ada beberapa point yang perlu diambil perhatian waktu ajar budak Tahun 1 ni (ceh macam refleksi praktikum la plak) :
- Satu kumpulan tak boleh ramai sangat ahli.
- Kurangkan beri arahan dan jarak waktu antara satu aktiviti ke satu aktiviti, mesti lebih singkat (kalau tak ada yang wat stunt kat belakang hu3)
- Jangan guna alat banyak sangat, mesti kalau boleh sorang dapat pegang satu alatan berkaitan.
- Mesti ada pertandingan atau aktiviti yang berbentuk persaingan tu (budak-budak umur macam tu memang suka kalau bersaing saing ni hee)

Terbang seperti buruuuungggg.....

Ada yang sempat stunt lagi tu.....

Wajihah sedang berkreativiti dengan ribennya hu3

Jaya Baru Boleehhhh.....