KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengambil enam langkah bagi mencegah penularan selesema babi, yang kini merebak ke banyak negara selain Mexico dan mengorbankan ramai rakyatnya.
Langkah berkenaan adalah:
- Mengaktifkan Pusat Kawalan Penyakit di JPV, Putrajaya dan semua pejabat JPV negeri.
- Mengaktifkan Pasukan Pengurusan Amaran (Alert Management Team) bagi mengurus dan menyelaras kegiatan pengawalan seluruh negara.
- Menggerakkan kegiatan pengawasan bagi mengesan dan memantau kewujudan penyakit selesema membabitkan ternakan babi di semua 797 ladang babi di seluruh negara.
- Pemantauan babi di semua rumah sembelih.
- Pemantauan bangkai dan organ babi di pasar basah.
- Menggerakkan Pasukan Tindakan Pantas (RAT) di lokasi atau ladang berisiko tinggi.
Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin dalam kenyataannya berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan klinikal kesihatan terhadap ternakan babi yang dijangkiti selesema dan mengambil sampel cecair dari hidung serta darah ternakan di semua ladang babi.
Selain itu, katanya, JPV juga memberi khidmat nasihat kepada pemilik dan pekerja ladang ternakan itu mengenai langkah keselamatan perlu diambil.
Antara langkah disaran ialah:
- Pekerja memakai topeng menutup mulut dan mata
- Memakai pakaian menutup seluruh badan dan memakai kasut boot.
- Melaksanakan kerja cuci hama dua kali seminggu
- Mewajibkan penternak melaporkan kepada pihak berkuasa veterinar jika ada tanda babi sakit seperti murung, berhingus, batuk atau demam.
- Berita Harian - 1 Mei 2009
2 comments:
bawa2 la update pakcik musa oi..
haha. cantik gambar
Post a Comment