Wednesday, March 4, 2009

Mengapa Sukar Berterima Kasih ???


1. Salam. Bertemu kembali kita dalam interaksi alam maya ni hehehe. Ada topic best gak nak bincang ni. Saya ada baca satu statement, dia kata ada 3 benda yang kita susah nak ucapkan kepada seseorang iaitu : Please forgive me, Please help me & I love you. Nampaknya saya nak tambah lagi satu : Thank you!!! Dan kita nampaknya lebih mudah untuk kata : I hate you !!!

2. Post ni bukanlah ditujukan kepada sesiapa, tetapi kepada semua orang termasuk diri saya sendiri heee. Sebab nampaknya sikap tidak berterima kasih ni dah semakin menular dalam masyarakat kita, yang selama ini amat menitikberatkan amalan mulia ini. Sampai kadang-kadang egonya kita hingga sanggup memperkudakan, menghina malah memfitnah orang yang banyak menolong kita. Hmm kalau tak orang Melayu tak buat la pepatah : Ibarat melepaskan anjing tersepit. Kan3 ??

3. Suka juga saya untuk respons kepada luahan blog2 tertentu berkenaan sikap tidak berterima kasih ni. Bloggers ini persoalkan kenapa, ada orang yang sudahlah tidak tahu berterima kasih, malah sanggup ’pukul belakang’ dan fitnah balik yang yang menolongnya?? He3 ini macam-macam faktor yang boleh menyumbang. Kawan2, Bg saya, yang penting ialah faktor wahan – penyakit hati dia tu sendiri he3.

4. Walaupun Islam menuntut setiap orang Islam melakukan amal kebaikan dengan ikhlas namun Islam amat prihatin dalam menyuruh mereka yang menerima budi baik orang lain agar berterima kasih. Dalam satu hadis riwayat Imam Tirmizi ada menyatakan:
" من لم يشكر الناس لم يشكر الله"
Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia maka dia tidak berterima kasih kepada Allah.

5. Hadis ini, menurut pandangan Imam Tirmizi ialah hasan sahih. Maksudnya hadis ini terpakai dan kita perlu mengamalkannya.

6. Apa2 pun, di sini saya nak ucapkan terima kasih 1456897 juta kali kepada semua ahli keluarga saya, rakan2 sekelas OUM, rakan2 sekolah lama, rakan2 di IPGM, individu2 yang terlalu banyak menolong saya semasa susah dan senang. You all teach me a lot how to understand the meaning of ’LIFE’ hehehe.

7. P/S : Petang ni kami dah bertolak tuk our Visual Exploration to Sarawak. To Ono, jaga bilik baik2. Jangan sampai terbakar atau banjir bilik tu plak he3. Mak yam, jangan lupa thanks untuk pencungkil gigi semalam ho3.

“Jika tanganmu tiada daya membalas budi maka dipanjangkanlah lidahmu untuk berterima kasih dan mendoakannya”

Credits>> http://muslihiman.blogspot.com/ & masferr yang terlalu merah harini heee.



Punya la tinggi sikap membalas terima kasih dalam kartun tu he3

Terima kasih 138786323 juta kali kpd family yg banyak support....

Terima kasih 76752 juta kali kpd rakan2 yang banyak membantu....

10 comments:

_Vu-JiE_ said...

eh aku dh thanks awal2 dah hadiah ko. siap post d blog lg. haha.

Anonymous said...

yup..
Thax.kenapa begitu mahal sekali..
Thax to God(syukur Alhamdulillah)
Semudah2 perkataan Tuhan sediakan
Still..ramai tak tau sebut
"Sorry seems to be the hardest word"..Elton John
4give is hard oso..
"forgiven but not forgotten"..acceptable
But "I LOVE YOU"??
Simple 3 words that people easily use without really mean it..

fayneez said...

hmmmm..klo TQ mulut i mmg ringan sgt la mo ucap..IM SORY & PLZ HELP ME pl tgk keadaan la..I LOVE U pl xblh sll ucap..tkt ada yg slh paam..hehe..well, have fun d srwk 2..

Musafarudin said...

To (*_*) :
Yeah, we hope all people around the world appreciates what others sacrifices 4 them...

Musafarudin said...

To feefay :
NAsib bek la ko x sebarang2 ckp i luv u kt orang len tmasuk pak guard hahaha. Ok tq very muchhhhh

:: fahni~meL :: said...

hi there musa..
br smpt nk jengah2 ur blog..

anyway,how hard to hear people say 'terima kasih,i guess it much harder to hear they say 'maaf'..

kesimpulannye kt cni..morality cannot b force but then comes from da person itself.

hope dat i'm not 1 of da person who has forget how to 'berbudi bahasa'..
klu kite de slh slp terkasar bahasa tlg la tegur ye cikgu musa..
hehe..

Anonymous said...

Israel adalah contoh bagi golongan yang tidak tahu berterima kasih malah merosakkan bumi Palestin yang selama ini menumpangkan tanah untuk orang2 Israel setelah dihalau dari Rusia...
Al Quran menyebut Yahudi(Bani Israel) adalah bangsa yang bijak..
Terbukti dengan penguasaan mereka dalam pelbagai bidang..
Boleh dikatakan setiap barangan yang kita gunakan pasti di pelopori Israel..
Namun tidak pernah bersyukur atas apa yang dikurniakan
Meminta secara paksa walaupun dengan mengorbankan banyak nyawa
Tidak berterima kasih sesama manusia.Tidak berterima kasih kepada Allah.
Benar kata Tun Mahathir "Brain without heart will create MONSTER"
I think people in Israel must deeply learn what is THAX and APPRECIATES means..
or maybe people without heart never even know the words..

Anonymous said...

*not russia..its Germany

Musafarudin said...

To fahni :
Thanks coz viewed my blog heee.
Dont 4get to say 'terima kasih' 2 everyone who sacrifices 4 us.....

Musafarudin said...

To Brain+Heart :
Tq kerana sudi komen isu diatas. Saya amat brsetuju dgn cetusan idea yg dibawakan. Nantikan pkongsian bahan bkenaan isu Palestine ini melalui buku Dari Beirut ke Jurusalem (Dr Ang Swee Chai) bg mengimbas kembali betapa tidak 'berterima kasihnya' Zionis2 ini, sejak dari zaman Nabi2 dahulu hingga kini (buku ni hilang d KK, kemudian jumpa di Popular Kuching, saya beli semula)
Maybe kita boleh ubah kata2 Tun tu kpd "Brain without heart will create DEVIL".
* Ya German (melalui Nazi) tlh halau puak2 ini keluar setelah banyak tidak 'berterima kasih'