Tuesday, March 10, 2009

Ke Mana Hilangnya Budaya Ini ? (Dari Rumah Kebudayaan S'wak)

  1. Alhamdulillah akhirnya rombongan ‘Visual Exploration 09’ IPGM Keningau selamat tiba di Rumah Kebudayaan Sarawak, yang merupakan kemuncak kepada eksplorasi ini. Beratus-ratus malahan tidak keterlaluan dikatakan bahawa terdapat beribu-ribu corak dan motif yang dipamerkan di rumah kebudayaan di situ.

  1. Saya dan Lee terpaku sejenak sewaktu berada di rumah Melayu dan rumah Orang Ulu. Di rumah Orang Ulu, terdapat banyak motif dan corak yang memukau pandangan. Sampai Lee cakap di sanggup tidur di situ jika diberi peluang ha3. Kakitangan yang menjaga setiap rumah banyak memberikan penerangan yang amat berguna kepada kami. Terima kasih banyak2 kamek ucapkan he3.

  1. Melangkah masuk sahaja, kami disambut dengan sesi berbalas pantun yang dilagukan dengan iringan rebana. Kakitangannya terdiri daripada warga emas yang amat peramah dan banyak memberikan kerjasama. Di dapurnya plak, ada orang yang memasak kuih Melayu tradisional (kuih sepit dll) menggunakan dapur kayu api.

  1. Pantun diiringi paluan rebana + Layanan yang mesra + Bau asap dari dapur kayu = memberikan saya satu perasaan yang sukar digambarkan. Bercampur baur (rindu, sebak, kagum, kecewa dll). Rindu sbb teringat suasana ini masa kecil2 dulu. Sebak sbb masih ada orang yang masih mampu menonjolkan dan mempertahankan nilai murni ini. Kagum krn pengurusan yang amat baik. Kecewa krn masyarakat kini sudah ramai yang meninggalkan amalan rasa hormat pada orang lain, melayan tetamu dengan baik dan menghargai warisan budayanya sendiri. Terima kasih Rumah Kebudayaan Sarawak...

Limau manis dimakan manis

Manis sekali rasa isinya

Dilihat manis dipandang manis

Manis sekali hati budinya.


Jentayu burung jentayu

Hinggap di balik pokok mayang

Bunga kembang akan layu

Budi baik bilakan hilang


(Credit to : http://penyair.wordpress.com/)


Berpantun diiringi paluan rebana

Membuat kuih tradisional

Menyumpit di Rumah Penan

Bersama kakitangan Orang Ulu

Corak di rumah panjang Orang Ulu

4 comments:

_Vu-JiE_ said...

apsal x upload gmbr org penan tu full body? aku dah dpt bygkan mcmn sexy nya dia. hahaha. (shima lg berani mati post gmbr sexy dari ko tau) haha.
ko buat entry ni kan mcm penulis online jurnal tuuuu.. haha.

Musafarudin said...

Tulangikan,
Nsib bek aku tak upload gambar tepi sg tu hahaha. Ya la, supaya ko tu rajn membaca sikit. Kalu tak, aku stepler lagi buku ko hahaha

Anonymous said...

wah jadi penyumpit la
ada bakat jadik org penan
kar2

Musafarudin said...

Metafore,
Jgn sampe kamek sumpit tlinga kitak nak. Sik buleh mendenga nanti tok hahahahaha