Wednesday, March 18, 2009

Gua Niah : Keajaiban Alam Ciptaan Allah.....

1. Alhamdulillah akhirnya selamat juga kami menamatkan cuti2 Malaysia bersama family Hamim di Miri. Satu percutian yang penuh pengalaman baru, kenangan baru, pemandangan baru dan yang baru-baru lah pendek katanya heeeee. (Kat KFC Bandaran ni tengah update blog ngan Pok Li ni he3)

2. En Hamim dan keluarganya memberikan layanan yang amat baik kepada kami semasa berada di sana. Terima kasih banyak2 kepada Tn Hj Said dan Pn Armah di atas segala layanan dan kemesraan yang dikongsi bersama kami. Budi Tn Hj sekeluarga tak dapat kami lupakan.

3. Alhamdulillah semalam kami mendapat peluang keemasan ’berekspedisi’ ke Gua Niah, Miri. Bayaran masuk RM5 sahaja untuk student. Kami semua kan student he3. Pemandangan di kiri dan kanan ke gua tersebut, Subhanallah, amat indah dan mempersonakan. Banyak bentuk muka bumi dan pemandangan yang sukar dicari di tempat lain.

4. Kami juga terkejut sebab dalam perjalanan ke gua di situ, ada la plak kedai cenderamata dan menjual minuman ringan di tengah-tengah hutan tu hu3. Pemandangan di dalam Great Cave di situ amat memukau dan kadang-kadang agak menyeramkan (ni bukan cerita hantu k). Sebab pemandangan di situ agak gelap, bumbung gua yang amat tinggi dan penuh dengan pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit yang berceracak di sana sini.

5. Semoga warisan alam ini terus dipelihara dan dipertahankan untuk tatapan generasi akan datang.

Taman Negara Niah

Menakjubkan.....

Hmmmm.....

Ni la kedai di tengah-tengah hutan tu he3

Menuju ke Great Cave

Tapak arkeologi

Gua Dagang

Bersama penunggu gua. Jangan marah r heeee

Terbang saja kalu bergambar

Keluarga Hamim.....

Kenduri kahwin di Pulau Melayu, Miri.....

Bersama Hj Said (Ayah Hamim)

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut

Budi baik rasa nak junjung



5 comments:

Mdm. Masfer said...

musa getuk p miri x bawa org.cis

Musafarudin said...

Maserr,
Mana boleh bawak ko, ken sorok dlm gua nnti saya gk yag susah hahaha

Mdm. Masfer said...

klu sy kna sorok tu memang ko pya keje la ahahaha

_Vu-JiE_ said...

ada ole2 utk aku tak?
kelawar sekor. haha.

Musafarudin said...

tulangikan,
- aku ni sebenarnya tunggu ole2 kau dr johor tu hahaha