Sunday, February 15, 2009

Jom Santai2 Awal Minggu heee...

Di awal minggu ni moh le kite santai dgn teka teki brsama den heee. Hari kuliah waktu bincang isu2 berat k. Orang kata men teka teki boleh tajamkan otak kiri, eh silap kanan, eh kiri. Eh silap lompat, eh silap lagi, lompat lagi hehehehe.

1. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi ?

Answer : Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.


2. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?

Answer : Ayam jadi banyaklah bilangannya, kan2??


3. Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?

Answer : Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah heee.


4. Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?

Answer : Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.


5. Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Answer : Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya. Cubalah try

hehehe


6. Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?

Answer : Orang naik beca semasa hujan. Cuba buka, mesti dia marah tu heee.


7. Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Answer : Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!


8. Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Answer : Kerana yang menciptanya orang Jepun. Kalau orang Arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD hik33


9. Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

Answer : Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.


10. Teka teki dr Ono : Ikan apa yg banyak matanya?

Answer : Ikan bilis yg beratnya sebanyak 15 kg !!!


Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

1 comment:

fiqah idris said...

suka no8 ngan last sekali..
mncbr minda~