Wednesday, July 21, 2010

PERINGATAN KEPADA RAKAN2 PISMK-OUM YANG BAKAL DITEMUDUGA SPP, URGENT!!!

Salam. Post ini dibuat ditujukan khas kepada rakan-rakan PISMK-OUM yang bakal ditemuduga kelak. Anda diingatkan membawa maklumat lengkap berkenaan program kita kerana terdapat rakan-rakan di Sandakan yang tidak dibenarkan temuduga kerana terdapat sedikit salam faham.

Ia kerana terdapat kekeliruan di antara PISMP dan PISMK. Sepanjang pengalaman saya belajar di IP dulu, di OUM, PISMP bermaksud Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dan PISMK bermaksud Ijazah Sarjana Muda Keguruan. PISMK telah diluluskan oleh MQA dan JPA berdasarkan dokumen di bawah. Namun terdapat beberapa program Sarjana Muda Pengajaran yang masih dalam program mendapatkan pengiktirafan kerajaan. Boleh rujuk siaran di http://www.spp.gov.my/

Petikan daripada web tersebut : "Sehubungan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang lulus ijazah yang dinyatakan di atas dan telah memohon untuk lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, maka permohonan PPPLD itu adalah belum lengkap dari sudut Skim Perkhidmatan PPPS Gred DG41. SPP memutuskan bahawa permohonan PPPLD yang terlibat adalah dibatalkan dan pegawai dikehendaki memohon semula apabila ijazah berkenaan diiktiraf oleh Kerajaan"

PISMK adalah program mod Sepenuh Masa dengan kod A8920 dan tempohnya bagi pelajar yang bergraduat pada 06.02.2009 - 05.02.2010. Ini amat bertepatan sekali dengan tarikh yang dicatat pada skrol kita iaitu 08 Disember 2009. Berikut dimuatkan 4 dokumen berkenaan perkara ini iaitu skrol PISMK, Pengiktirafan Kelayakan JPA PISMK Kod A8920, Sijil Pendaftaran MQA PISMK Kod 8920 dan Siaran SPP berkenaan program beberapa program Sarjana Muda Pengajaran yang masih dalam program mendapatkan pengiktirafan kerajaan.

Wallahua'lam dan semoga berjaya dalam temuduga yang bakal dihadapi.
Salam.



Pengiktirafan Kelayakan JPA PISMK Kod A8920



Sijil Pendaftaran MQA PISMK Kod 8920


Skrol PISMK-OUM


NILAI TARAF IJAZAH SARJANA MUDA
UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
Program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan:
(a) Sarjana Muda Pendidikan (TESL) dengan Kepujian;
(b) Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Pra-Sekolah) dengan Kepujian; dan
(c) Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan Kepujian dengan Major;
(i) Bahasa Melayu
(ii) Bahasa Cina
(iii) Bahasa Arab
(iv) Bahasa Tamil
(v) Bahasa Inggeris
(vi) Pendidikan Islam
(vii) Pendidikan Seni Visual
(viii) Pendidikan Jasmani
(ix) Pendidikan Khas
(x) Pendidikan Muzik
(xi) Kajian Sosial
(xii) Sains
(xiii) Matematik
(xiv) Kemahiran Hidup

Saturday, July 17, 2010

Jalan-Jalan Cameron Highlands, Pahang.

Cameron Highlands, Pahang.
7-8 Jun 2010

Pemandangan di Cameron Tea Valley...

Mak dan Ijah sedang berposing hu3

Minum2 petang dengan Muhammad Taib...

Penghulu Padang Gajah ha3
Posing kat sini pulak lah heeee

Adadada siapa plak ba ni hu3

Taman Agro Al-Mashoor, dimiliki oleh Muslim. Selalunya strawberry farm macam ni dimiliki oleh non-Muslim. Disyorkan sapa2 yang nak datang melawat ke Cameron, silalah melawat ke sini. Tiada bayaran masuk dikenakan. Kalu datang lebih awal boleh tolong kutip strawberi sama2. Syarikat ni juga ada menyediakan tempat penginapan ala2 homestay (inap desa) dengan kadar berpatutan. Dekat dengan farm ni lagi tuuu...

Mat Taib dengan baju sejuk barunya he3
Penunggu strawberry farm hu3
Buah anggur juga ada ditanam di sini
Mat Taib begitu teruja dengan kelazatan aiskrim strawberi home made yang dijual di sini. Yummmmyyyy
Ijah Si Mata Besaq sedang menghayun2kan tangan sambil menyanyikan lagu Ku Kunci Rindu Buatmu ha33
Ain, apa yang hang cari dalam pasu tu? Buluh terbang Doraemon ka?


Ok cukup setakat harini ini. Ad program lain plak esok. By3 Lady Ijah nak balik dah hu3

Wednesday, July 14, 2010

Hari Keluarga SK (LKTP) Kemasul 2010 - Kayns Resort, PD.

Tempat : Kayns Resort, Port Dickson, NS.
Tarikh : 28 - 29 Mei 2010

Berehat sebentar bersama Kit Kat...

Kereta pun siap pakai pelekat lagi. Nasib baik tuannya tak kena pakai pelekat macamtu hu3

Pemandangan berhampiran resort

Acara sukaneka sedang berlangsung. Baling jangan tak baling!!!

Acara huru hara yang dianjurkan oleh Abang Azhar dan En Rashid hu3

MC pada majlis makan malam, Cg Yusoff


En Rashid teruja dengan juadah yang disediakan
(Info : En Rashid ni dah katanya dah berbelas-belas tahun tak makan ayam. Geli katanya. Tak tau kenapa sebabnya ha3)

Kak Ju dan keluarga

Eh, bila masa plak Cg Yusoff ada anak lagi sorang ni ha3 (yang baju biru tu lah).

Dengan ex-housemate, Fadhli. Ni lah satu-satunya gambar yang sempat ambil dengan dia. Dia telah "menggemparkan" seluruh warga guru Zon Pelangai kerana membuat surat permohonan bertukar ke sekolah P2 hu3. Akhirnya dia dapat SK Lenjang, Kuala Lipis (P2). 2 jam perjalanan ke bandar terdekat. PISMK-OUM dari IBBM. Sekejap ja kita bersama serumah. Hang telah meninggalkan aku dan Abe isk3. Semoga Allah sentiasa merahmatimu.

Cg Zaidi dan keluarga telah muncul juara berganda-ganda tahun ini. Katanya pernah kerja kat Funfair Triang, betul ka ha3

Bergambar beramai-ramai dengan Cg Rozita, PK Hem yang bertukar ke SK Sg Dua

Muzium Tentera Darat, PD.

Let's go to Alor Gajah, poooooooooooonnnnnnnnnnnnn...

Kapsul masa Tentera Darat

Koleksi keris-keris Nusantara

Bom tentera Jepun

IPRM, maktab waktu Persediaan BED (2004-2005)


Masjid Sikamat (banyak kenangan di sini hu3)


Saturday, July 10, 2010

Karnival Bola Sepak dan Bola Jaring

Tempat : Padang SK (LKTP) Kemasul
Tarikh : 26 Mei 2010
Hari : Rabu

Cg Pian sedang menyampaikan taklimat

Kusyuk mendengar taklimat disampaikan

Hijau vs Biru

Berhenti memberikan laluan untuk azan berkumandang

Perlawanan bola jaring 1

Hampir tidak menjejak bumi

Berkumpul untuk sesi penyampaian hadiah

Say cheeeseeee

Keriangan terpancar di wajah ahli Rumah Hijau atas kemenangan berganda tahun ini he3. Jangan marah nanti kena jual hee

Cg Khali sedang menyampaikan kata alu-aluan

Tempat ketiga - Rumah Kuning

Tempat kedua - Rumah Biru

Johan - RUMAH HIJAU!!!

JOHAN - RUMAH HIJAU LAGI!!!


Ok sudah-sudah. Pi balilk lagi he3.

APA YANG PENTING ?
HIJAU JUARA BERGANDA !!!! HE3