Wednesday, January 13, 2010

Kursus Penggunaan Aplikasi aSc Timetable bagi Guru Penyelaras Jadual Waktu Zon Pelangai


Tarikh : 12 Januari 2010
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Zon Pelangai
Masa : 2.00 - 4.30 petang









Tuesday, January 12, 2010

My Last Flight Out - 30 Plus One

1.Salam. Chait macam tajuk lagu 30 Plus One ja tajuk post kali hu3. Lepas tu rasa macam terbalik pulak sebab semalam post pasal sekolah dulu, lepas tu baru post pasal tajuk ni. Sepatutnya post yang ini dulu.

2.Ni gambar-gambar terakhir saya semasa berada di bumi Sabah (sebak sikit sambil dengar lagu Zamani ni…). Sebenarnya berat jugak hati saya nak post tajuk ni. Walaupun gambar-gambar di bawah ni nampak ceria ja semua, tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

3.Banyak kenangan saya di Keningau, yang boleh saya katakana 99.8 % kenangan-kenangan yang indah. Walaupun pada Semester 1 susah jugak ahli kelas asal nak terima kehadiran kami berenam dari Semenanjung, namun akhirnya 7 semester selepas tu dipenuhi dengan berjuta-juta kenangan manis yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

4.Pada saya secara peribadi, sehingga ke akhir hayat, tidak akan lekang dari mulut saya untuk menceritakan kepada orang lain tentang kebaikan-kebaikan dan kebajikan-kebajikan yang diberikan oleh orang-orang Sabah terutamanya di Keningau terhadap saya. Bagi saya Keningau merupakan tempat yang penuh dengan kejutan, ketenangan, pengalaman, di mana semuanya bercampur dalam seribu satu perasaan yang sukar digambarkan. Dari Senagang hingga ke Apin-Apin, semuanya memberikan berjuta pengalaman yang tak mampu diungkapkan sepenuhnya.

5.Kepada semua rakan sekelas OUM, saya tidak mampu untuk memberikan satu gambaran yang tepat bagaimana untuk menilai dan meraikan kemanisan pertemuan, persahabatan dan perpisahan kita. Geng-geng ‘Happy Go Lucky @ 3 Suku hu3’ seperti Mak Yam, Akmal, Rosli, Epi, Z, Lee, Maklong, Mas, Marina dll sentiasa memberikan kekuatan dalam menghadapi segala cabaran yang datang. Semuanya begitu indah dan syahdu. Kepada junior-junior yang banyak menolong saya seperti Ono, Thonlief, Sapeq, Wan, Firhan, Von, Zahiddin, Asdar, Tuan, Alif, Sofian, Hamim, Firdaus, Oi Lan dan semuanya yang tak mampu saya nyatakan di sini satu persatu, jasa baik kalian tidak mampu saya balas dengan setimpalnya.

6.Kepada yang masih berada di Keningau, teruskan kehidupan anda dengan melakukan sesuatu yang baru setiap hari kerana sesungguhnya pembelajaran dan pengalaman baru itu berlaku dari sehari ke sehari. Let’s find it. Jangan beranggapan anda sedang melalui hari-hari yang menjemukan. Sibukkan diri anda. Bergaulah bersama orang-orang yang mampu memberikan kekuatan dan harapan kepada anda dalam mengadapi cabaran, bukannya berada bersama orang-orang yang berfikiran sempit dan menghalakan pemikirannya kepada satu pendekatan dan isu sahaja, tanpa memikirkan hikmah yang terselindung di sebaliknya.

Keningau, entahkan bila lagi kita dapat bersua…. Hadapi Dengan Senyuman – Dewa...

Senyum yang penuh kebingungan...

Sempat buat aksi gila walaupun dalam hati Allah saja yang tahu...

Senyum selalu

Senyum lepas penat bersedih-sedih

Raden Musa hu3

Raden Akmal hu3

Raden Pok Li hu3

With my ex-roomate, Ono...

My Last Flight Out...

Tadaaa anak sedar baru ke 10, Muhammad Taib Khairul Anuar...

Monday, January 11, 2010

Welcome to My School : SK Felda Kemasul, Triang, Bentong, Pahang

Assalamualaikum...

1. Selamat bertemu kembali selepas dah lama x update blog ni hu3.Alhamdulillah akhirnya saya ditempatkan di SK (LKTP) Kemasul, Triang, Bentong, Pahang. LKTP bermaksud FELDA la ha3.

2. Sekolah ni mempunyai 300 lebih murid, kesemuanya Melayu dan untuk tahun ni ada seorang murid India dan seorang murid Orang Asli di Tahun 1. Guru Besar ialah Pn Normadiah Mohamed. Guru yang mengajar di sini lebih kurang 30 orang. 3 orang guru baru ditempatkan di sini ialah Saya, Aswani (KPLI IPGM Islam) dan Tengku Farrah Maria (KPLI IPGM Dato Razali).

3. Sebelum dapat jadual baru, saya mengajar Tahun 1 Math dan BM, Tahun 2 PJ dan Tahun 6 PJ. Tapi minggu ni masih Minggu Transisi untuk murid Tahun 1. Saya juga diminta menjadi Guru Kelas Tahun 5 Ar-Razi. Sekolah ni mengamalkan dasar memberi matapelajaran untuk diajar mengikut opsyen guru tersebut hu3.

4. Saya tinggal di kuarters KIP dengan 2 orang lagi guru yang baru posting tahun ni, dan dalam minggu ni sorang GB akan join kami di rumah yang sama ha3. Pekan terdekat ialah Triang (45 minit), Bera (55 minit) dan Temerloh (1 jam 15 minit).

5. Untuk tahun ni , saya berazam nak turunkan berat badan tapi macam tak dapat la ha3 (ceh mesti Si Ono ketawa2 kalu dia baca post ni!!!) Di bawah ni saya 'sajikan' gambar-gambar menarik di sekitar sekolah baru saya hu3. SAKSIKAN..........










Bye jumpa lagi hu3

Saturday, November 21, 2009

UPSR 2009 : Terima Keputusan Depan Jenazah Ibu

SEREMBAN: Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior kelmarin, Siti Amynur ada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu keluarga menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur dan ahli keluarga apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi kelmarin.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan ketika hayatnya bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur yang kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pada April lalu, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur meninggal dunia, berkata: "Siti adalah ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang. Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir saja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan Siti Amynur, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha kini berusaha untuk membantu Siti Amynur mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Ketika Siti patah kaki April lalu, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya, Siti Amynur mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama



Takziah Diucapkan di atas Pemergian Ibu Tercinta,
Tahniah Diucapkan di atas Kecemerlangan dalam UPSR 2009,
Teruskan Usaha Mengejar Cita-Cita Murni.
"Sesungguhnya Allah Sentiasa Bersama-sama Orang yang Bersabar"

Monday, October 12, 2009

JOM LAWAT BLOG SK SALINATAN, SABAH

Salam. Tadi saya baru balik dari makan-makan di Dreamland Restaurant dengan Uncle Epi n Pok Li Gading. Bagus gak makan-makan luar (dengan kebenaran) dapat pengetahuan baru. Bila dapat benda-benda baik ni kena 'share' la ngan orang lain. Kami terserempak dengan sorang KPLI 2008 IPGM kita yang kini berkhidmat di SK Salinatan. Katanya diorang kat sana pun dah ada wat blog untuk dilayari oleh kita semua. Banyak perubahan yang berlaku rupanya berbanding dengan apa yang saya lihat waktu saya pergi sana tahun 2006 dulu. Sekarang jarak perjalanan dari Salinatan ke Keningau cuma mengambil masa 4 jam sahaja!!!

http://sksalinatan.blogspot.com/

Gambar Kenangan bersama Guru dan KTBM SK Jaya Baru (Praktikum Fasa 3/2009)



Saturday, October 10, 2009

Waktu Gempa di Padang Menyamai 3 Nas al-Quran.

Kejadian suatu kebetulan yang perlu direnungi, insafkan umat ingkar suruhan Ilahi

SEGALA kejadian di muka bumi ini adalah ketetapan Allah SWT. Demikian pula dengan musibah gempa yang berlaku di Padang, Sumatera. Kebetulan juga waktu terjadi musibah itu dengan kaitan surah dan ayat yang ada hubungannya dalam kitab suci al-Quran al Karim.

Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa).
Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).

Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud: (keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya.
Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera. Mengenai azab Allah kehancuran dan kematian serta kaitannya dengan hidup mewah dan derhaka.

Dengan pelbagai kebetulan yang Allah SWT sampaikan ketika musibah itu, Allah jelas hendak mengingatkan kita. Apakah ia sekadar kebetulan di sebalik rahsia kejadian tanpa mengandungi pengajaran? Apakah mesej Allah itu akan mengubah kita agar lebih berhati-hati dan taat perintah dan menjauhi larangan-Nya? Mungkin kita tidak peduli atau mentertawakan seperti kaum Musyrikin Quraisy mempersendakan risalah disampaikan kepada Rasulullah SAW? Semua terpulang kepada kita.

Manusia bukan makhluk tunggal di muka bumi ini. Manusia bersama makhluk lain yang juga memiliki hak sama untuk dapat hidup mengikut sunnatullah yang ditetapkan Allah SWT. Walaupun alam dengan isinya mungkin ditundukkan oleh manusia dengan ilmu pengetahuan, tidak bererti alam harus tunduk kepada manusia.

Alam tetap patuh dan pasrah (Islam) kepada Allah. Alam dengan segala isinya memiliki kehidupan sendiri. Harus disedari, kita dan alam memiliki hak yang sama untuk mengabdikan kepada Allah, tentu saja dengan cara sendiri. Sebenarnya sesama makhluk Allah, kita harus dapat harmonikan kehidupan dengan alam. Jika tidak, berlaku ketegangan, pertembungan dan saling menghancurkan.
Antara yang perlu kita perhatikan disebut al-Quran tasbih bumi iaitu bumi juga makhluk Allah yang sentiasa bertasbih kepada Allah. Orang bertasbih menyucikan Allah daripada segala perbuatan yang tidak sewajarnya.

Kata Subhanallah yang selalu kita lafazkan selepas solat bererti Maha Suci Allah dengan segala sifat dan perbuatan-Nya. Ilmuwan Muslim, Zaghlul an-Najjar, dalam bukunya Shuarun min Tasbih al-Kainaat Lillah (Ketika Alam Bertasbih) menyatakan: Al-Quran menegaskan langit dan bumi dapat berbicara, menangis dan berasa sakit serta pedih.

Riwayat daripada Nabi SAW yang menjelaskan makna Surah al-Zalzalah, ayat 3, yang mengatakan: Pada hari itu bumi menceritakan. Baginda bertanya: Tahukah kamu beritanya? Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.' Baginda berkata: Sesungguhnya berita ia (bumi) bersaksi atas hamba atau umat yang berada di atasnya. Ia (bumi) berkata, melakukan ini pada hari ini, begini dan begitu. (Riwayat at-Tirmizi).

Amat mengelirukan jika kita menganggap bumi sebagai benda mati yang tidak memberi reaksi terhadap apa yang dilakukan manusia di muka bumi ini. Jelas bahawa bumi tempat kita berpijak selalu bertasbih dan berdialog kepada Allah SWT.

Bumi menyucikan Allah dan memuji-Nya dengan cara yang tidak kita ketahui. Apakah akan terjadi jika manusia yang hidup di muka bumi ini tidak bertasbih kepada Allah. Betapa seksanya bumi menampung manusia kufur, berdosa, bermaksiat dan melupakan Allah. Bumi berasa berat dan menanggung beban yang tidak tertahan kerana dipijak manusia yang derhaka dan berdosa.

Gempa adalah reaksi bumi. Kita memerlukan pendekatan teologi dan spritual. Gempa membuat manusia sedar bahawa selain manusia, langit dan bumi berserta apa yang ada di dalamnya juga makhluk Allah yang memiliki hukum dan kehidupannya sendiri. Bumi agak marah kepada manusia yang tidak pernah tersedar, kufur, dan ingkar kepada Allah.

Firman Allah bermaksud: Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban (yang dikandungnya), dan manusia bertanya: Mengapa bumi (menjadi begini?) (Surah al-Zalzalah : 1-3)

- Dipetik daripada Berita Harian, 10 Oktober 2009